SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE-6 NUR ALANA DELISHA

10:07 PG

28hb March 2017 yang lepas hari jadi anak El no. 3  Nur Alana Delisha yg ke-6. Pagi kejadian tu, abang dan kakak dia lah buat spoil kata mama hari ini harijadi Alana kan.
El saja tak mau kecoh2. Sebenarnya El dah plan nak buat makan kek and bagi goodies bag kat tadika dan nursery.

Sebelum2 ni tak pernahlah sambut kat sekolah. Selalu sambut ngan family je. Tapi kali ni biar dia seronoklah sikit. Kesian pula kat dia, selalu je tengok kawan2 sambut birthday and bagi goodies bag. So kali ni giliran dia pula.  

Pagi2 dah buat muka masam sebab mama El tak buat kek apa pun pagi tu haha. Sehari sebelum tu dah janji ngan cikgu kelas dia ada buat kek and goodies bag tuk kawan2 Alana. Suruh cikgu handle. Sebab El kerja. Pukul 10.30 pagi tu ada orang hantar kek kat sekolah. Dah pesan kat cikgu suruh ambil gambar.



Ni gambar kawan2 Alana di sekolah tadika islam. Dah 2 tahun dia kat sini. Tahun ni last lah. Tahun depan dah darjah 1. Haihh macam tak ready je si Alana ni. Kecil sgt hihi.


Pernah tanya kat Alana. Alana nanti birthday nak kek ape. Laju je cakap Hello Kitty. Budak2 memang suka kek cengini. Senang tak payahlah nak grand2 sangat hihi


Selepas habis tadika tghari tu. Terus hantar dia pergi nursery pula. Dah pesan kat teacher birthday Alana hari ini. So nanti ambillah gambar and send kat whatsapp group. Dalam gambar ni ramai budak2 sekolah. Yang budak2 kecil semua tidur termasuklah anak El yang kecil tu Ariqa haha. Teacher cakap Ariqa tidur. Alahai kalau tak boleh bergambar ngan kakak Alana hihi



Alana memang terkejut jugaklah sebab 2x sambut birthday hari tu. Dia cakap "mama kenapa ada 2 kek untuk nana?Nana suka sangat Hello Kitty tu. Cute sangat.

Dia happy sangat dapat kek Hello Kitty and seronok tengok kawan2 nyanyi lagu birthday dia. Hehe


Insyallah Alana, semoga menjadi anak yang baik dan solehah. Semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat amin. Ok nanti kita sambut birthday sama2 babah ngan mama pula. Sebab abang dan kakak awak dah bising tak dapat makan kek hahahaha

You Might Also Like

9 uols awesome

  1. happy birthday ke 6thn utk nana..smoga jd ank yg solehah

    BalasPadam
  2. Alahai... 6 tahun dah ? keciknya Alana...

    BalasPadam
  3. Happy belated birthday Alana.. semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  4. Happy belated birthday Alana.. Semoga membesar menjadi anak yang solehah ye.. Aamiin..

    BalasPadam
  5. selamat hari ulang tahun Alana..semoga membesar menjadi anak solehah sayang
    Jemput Join Segmen Blogwalking Janji Kita

    BalasPadam
  6. anak saya juga berumur 6 tahun...

    anak perempuan..

    hari jadi lama lagi

    BalasPadam
  7. happy birthday lagi sekali Alana. seronok la tu dapat sambut dua kali. ni nak masuk kali ketiga la pulak potong kek nanti ni hihihi

    BalasPadam
  8. Selamat Hari jadi Nur Alana Delisha.. semoga menjadi anak yang solehah..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... happy birthday Nur Alana Delisha.. moga membesar menjadi anak yg solehah berjaya di dunia dan akhirat... aamiin :) :)

    BalasPadam