PERASMIAN PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW OLEH MENTERI BESAR KEDAH YAB DATO' SERI DIRAJA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH

12:55 PTG

Alhamdulilah selesai sudah majlis perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan para Sahabat yang telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah pada Isnin lepas 27hb March, 2017 di Muzium Negeri Kedah.

Pameran ini telah pun berlangsung pada 20hb March yang lalu telah mendapat sambutan yang luar biasa dari orang ramai bukan sahaja di Kedah malah dari serata negeri semata-mata untuk melihat artifak-artifak Rasulullah SAW dan para sahabat dengan lebih dekat.

 Gambar perasmian yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah.








Bukan senang nak tengok artifak-artifak ini. Marilah ambil peluang untuk lihat secara dekat lagi sementara masih ada di Malaysia. Kalau tidak kena pergi jauh nun di negara Turki. Terdapat 27 artifak dipamerkan di pameran ini. Antara yang mendapat perhatian orang ramai adalah tapak kaki Rasulullah, Capal Rasulullah, Rambut Rasulullah, Janggut Rasulullah, Serban Rasulullah dan tongkat Rasulullah.

GAMBAR ARTIFAK boleh klik SINI

Untuk melihat video pameran pula El ada share satu video untuk anda tonton




 Antara para pengunjung yang berpeluang melihat artifak-artifak Rasululah SAW. Anda bila lagi :)

HARGA TIKET

Tarikh : 20 Mac - 19 April 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma


 Pengunjung ke 14000. En Yazid dari Alor Setar

*Hadiah Pengunjung Bertuah*
Setiap 1,000 - Sehelai tshirt
Setiap 10,000 - Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 - Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.

TIKET PERCUMA!!!!

 
 
  
Terdapat pelbagai booth di perkarangan muzium




Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari link ini:


You Might Also Like

6 uols awesome

  1. betul, kena ambik peluang pergi pameran ni sementara masih ada di Malaysia. Kalau tak, jauh kene fly p Turki nun..

    BalasPadam
  2. rasa macam nak pi try memanah pulak. mana tau dapat masuk lagi sekali dalam tu. hihihihihi :p

    BalasPadam
  3. Subhanallah walhamdulillah... selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw.

    BalasPadam
  4. bagus pameran ni, kita dapat tengok kat madinah dan mekah je menda-menda ni. seronok

    BalasPadam