PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT DI MUZIUM NEGERI KEDAH

10:19 PG




Pameran Artifak Rasulullah SAW dan para Sahabat R.A di Muzium Kedah

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
Rukun Iman yang keempat adalah Percaya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Beruntunglah kepada sesiapa yang sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada setiap hari kerana cukup banyak kebaikan dan rahmat apabila berselawat. Walaupun kita tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah, namun ingatan dan berimannya kita kepada baginda adalah pada setiap hari. 

 
Alhamdulilah El dan keluarga berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi antara artifak-artifak Rasulullah SAW dan para sahabat r.a di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Muzium Negeri Kedah yang telah pun berlangsung pada 20/3/17 hingga 19/4/17

Emosi sekejap melihat artifak2 ini. Subhanallah Subhanallah Subhanallah Allahuakbar. Jom El share gambar2 yang El sempat ambil untuk tontonan kawan2 semua


Capal Rasulullah SAW


Serban Rasulullah SAW


Tongkat Rasulullah SAW
 

Penutup makam Rasulullah SAW


Darah bekam Rasulullah SAW


Pedang-pedang rampasan perang


Al-Quran bertatah emas


Bekas tapak kaki Rasulullah SAW (Di empat2 sisi kotak tu ada tertulis Saidina othman affan,umar al khattab, abu bakar as'sidiq dan ali abi talib R.A.)


Tulisan terkecil di sebiji beras kurus ke 15


Artifak-artifak Saidina Hassan dan Hussin


Jam matahari


Kunci makam Rasulullah


Takong Refleksi (Mesir Kuno) kurun ke 11


Kunci pintu kaabah Othmaniah



Panah (Busur) Rasulullah SAW


Batu bersurat (dari runtuhan Masjid Kaba' pada kurun ke 11)


Baju besi Panglima Berkuda Kerajaan Abbasiah




Terdapat banyak lagi artifak-artifak di pameran ini. Bersyukur berpeluang dapat tengok. Bukan senang nak tengok artifak-artifak Baginda ni. Di sini El ada share video semasa berkunjung ke sini. Check it out ok


 
HARGA TIKET

Dapatkan tiket secara online di:  
www.tamadunislam.com
  
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang 
* Kanak-kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
(Bawah 6 tahun masuk percuma)

  Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

 Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari link ini:


 Cabutan Bertuah!!!
Setiap 1,000 - Sehelai T-shirt
Setiap 10,000 Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
Setiap 100,000 - Sehelai T-shirt, Al-Quran Digital dan Pakej Umrah untuk seorang.

Antara pengunjung yang bertuah. 

  
Pengunjung ke 1000
 

Pengunjung ke 5000

You Might Also Like

14 uols awesome

  1. syok el berpeluang ke pameran artifak ni

    BalasPadam
  2. Subhanallah..untungnya kalau dapat tengok sendiri..inshaAllah murni nak p jg mggu dpn

    BalasPadam
  3. Alhamdullilah. Tak sabar nak pi nanti

    BalasPadam
  4. bertuahnya dapat pergi...

    BalasPadam
  5. wahh pelbagai jenis artifak di simpan kan. dekat sabah ada juga muzium Islam mengenai Rasullullah s.a.w tapi xbyk mcm ni, lebih kpd tamadun Islam. Insyallah nnti Ju bkunjung ke sna, ju share juga dekat blog =)

    BalasPadam
  6. banyak juga yang dipertontonkan pada umum. Seronok dapat tengok sendiri baru ada feel kan..harga tiket pun berpatutan. Orang Penang memang patut p.

    BalasPadam
  7. mcm2 artifak ada menarik ni

    BalasPadam
  8. untungla orang kedah boleh tengok dari dekat

    BalasPadam
  9. Seronoknya.. Boleh mengenali Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dengan lebih dekat..

    BalasPadam
  10. Subhanallah walhamdulillah.. mmg pameran yg patut dilawati.. rugi klu dah dekat tak pergi.. sama2lah kita sentiasa berselawat ke atas junjungan besar nabi kita Baginda Rasulullah saw.

    BalasPadam
  11. Wahhhhh bertuahnya dapat pergi pameran ni :)

    BalasPadam
  12. Semoga berkesempatan untuk pergi...

    BalasPadam
  13. alhamdulilah kira pun dapat peluang pergi minggu lepas

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.... dh berpeluang pegi..

    BalasPadam