GREAT BRITISH CIRCUS MALAYSIA DI SEBERANG JAYA, PENANG

4:47 PTG

GREAT BRITISH CIRCUS MALAYSIA|
 Cuti sekolah sudah bermula
Apa rancangan kawan2 semua?
Jika merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah tempat menarik untuk dikunjungi iaitu melihat kehebatan pertunjukan Human Circus di Great British Circus bersebelahan Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang yang telah berlangsung pada 3 Mac yang lalu sehingga 9 April nanti.


 Ini adalah pengalaman pertama kami melihat secara live pertunjukan circus. Great British Circus kali ini mempersembahan New Session untuk 2017. Pelbagai adegan lucu, mencemaskan dan mendebarkan dari krew2 sarkas yang boleh membuatkan anda tertawa dan berdebar2.




Tiket boleh dibeli secara online/whatsapp atau terus ke kaunter





Anak2 memang tak sabar dah nak tengok sarkas dari dekat. Ini merupakan pengalaman pertama mereka. En. suami pun dah teruja. Kami dapat tiket VIP seat paling depan sekali. Berdebar2 pula nak tengok.



 Acara dimulakan dengan persembahan tarian ang begitu mengasikkan pandangan mata hihi. Rancak sangat


Persembahan dari badut yang menghiburkan dan lucu.  
 


 Aksi2 akrobatik yang memukau penonton


 Seorang penonton telah menjadi mangsa untuk aksi cemas


 Pertunjukan yang menarik dan memukau penonton dari superhero ramai Spiderman


   
Setelah 1 jam berlalu diberi rehat sekejap selama 15minit. Anda boleh bergambar dengan 2 karektor Monster Ink, Mike dan James dan superhero pujaan ramai Spiderman.  

 Pertunjukan diteruskan dengan persembahan yang lebih  mencemaskan dan mendebarkan
 

 The High-Wire Act
Aksi yang mendebarkan dari krew2 Great Britain Circus berjalan diatas wayar sambil membuat adegan akrobatik dan berjalan menutup mata. Mendapat tepukan gemuruh dari para penonton. 


The Spinning Wheel of Death
Ini aksi yang paling el suka. Penuh dengan aksi2 yang bikin jantung degup laju. Roda itu berpusing sambil mereka berlari atas roda, luar road dan siap seorang krew itu menutup kepala sambil melompat pulak. Penonton pun ada yang menjerit juga. El pun jerit sekali. Seriau hihi


Globe of Death
Kemuncak persembahan adalah Globe of Death. Wow memang kagum sangat dengan mereka ni. El rasa mesti ada yang pernah tengok aksi bermotor dalam globe El ingat setakat 2 motor sahaja dalam tu..kali ni siap 3 motor sekali. Memang mendebarkan. El siap tutup mata takut haha. Tapi mereka semua ni memang hebat!!


Memang tidak mengecewakan datang melihat pertunjukan selama 2 jam Great British Circus ini. Anak2 seronok kami sekeluarga sangat happy. Pengalaman yang penuh keterujaan dan mendebarkan hihi
Terima kasih pihak penganjur dan Sunway Hotel kerana sudi menjemput kami team projek blogger utara familia untuk melihat secara live pertunjukan Great Britain Circus 



Kepada mereka yang tinggal berdekatan bolehlah membawa keluarga ke sini pada cuti sekolah.

Anda boleh membeli tiket di nombor tertera di atas atau boleh layari facebook mereka di Great British Circus Malaysia

Anda juga boleh menonton video pertunjukan yang sempat El rakamkan untuk tontonan semua. Enjoy :)

You Might Also Like

11 uols awesome

  1. Syoknyaaa! Memang eksaited habis la budak2 kan. Dah la duduk depan sekali pulak tu hehehe.

    BalasPadam
  2. wowwww bestnya..slalu tgk kt tv ja...

    BalasPadam
  3. Dulu masa kecik selalu tgk circus...... dekat tv

    BalasPadam
  4. syok tgk circus ...dlu kalo circus je kt overseas kn..now kt msia pn ada

    BalasPadam
  5. seronok kan spend time tengok sarkas ? iolss bz tak leh nak join.. sorry

    BalasPadam
  6. The High Wire Act - seram je tengok. Tak pernah Siqah tengok sarkas lagi. Teringin juga. Sure excited kan! :D

    BalasPadam
  7. Bestnya... seronok ni klu dapat pergi tgok..

    BalasPadam
  8. tak penah tgk sarkas lg.. hahaha.. meriah hampa semua

    BalasPadam
  9. Wow.. bestnya.. kalau dekat boleh gi bawa bebudak nie..

    BalasPadam
  10. seronoknya mesti ralit tengok. selalu tengok dalam tv je/ ni ada pulak depan mata kannnn

    BalasPadam