RESEPI KUIH KERIA VIRAL

4:16 PTG

RESEPI KUIH KERIA VIRAL

Salam semua
Pernah tak dengar tentang kuih keria viral tu.
Pernah siapa2 dah try makan?or try buat?
So dek kerana viral tu memang teringin nak makan cucur keria tu. Tapi jauh sangat lah pulak..nun dia kat melaka sana tu ha. Haihh dah meleleh baby lemak dalam perut ni ha😂😂😂😂
Tengok resepi pun macam senang jo. Bahan2 memang dah ada kat dapur tu...cuma beli keledek je. Ha kawan2 jangan salah beli keledek tau. Beli keledek putih bukan oren. So apa lagi el pun dengan rajinnya pun terbeli keledek putih kat Tesco. So jom kita buat kuih keria #jomjomyeay 

 
Selalu masak2 ni el x reti nak sukat2. Main campak2 or agak2 je.Tapi kalau nak sukatan boleh je tgk kat bawah ni ye. 

RESEPI KUIH KERIA VIRAL

Bahan Kuih Keria
500 gm keledek putih
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder (optional) 

Cara:
Rebus keledek sampai empuk
Toskan dan biarkan sejuk
Setelah sejuk lumatkan keledek sampai hancur
(El pakai noxxa jer boleh hp selama 20-30 minit. Pakai noxxa senang sebab cepat and lembut sangat senang kerja2 melumat)


Masukkan tepung gandum dan baking powder. Bentuk doh macam donut


 Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan. Siap ketepikan



 Bahan Sira Gula Melaka
150gm gula  melaka
1 sudu  besar gula putih
1/4 cawan air
Garam sikit (nak bagi ada rasa masin bila gigit :) 

Cara:
Gula melaka dihiris halus2 senang dicairkan nanti


Setelah dihiris masukan dalam kuali, gula putih, air (kalau boleh jgn banyak, kurang xpa) dan sedikit garam.


Kacau sehingga naik buih dan gula melekit. Selepas itu boleh masukkan doh tadi ke dalam kuali. Make sure kacau selalu sehingga gula menjadi berketul ketul. Memang amik masa lama skit. Sabar ok. Jangan stop kalau laki panggil wat dek je or nak g membuang hang tahan sat lah no hahahaha
Doh dah sebati dan berketul2 gulanya boleh angkat. Siap 


Rupanya kuih keria ni makan sejuk2 lagi sedap tau. Ada balance siap frozen lagi tau (frozen tanpa gula)



 heheh sampai orang tanya el jual ke tak keria tu dalam IG 
insyallah nanti kita cuba test market ye

OK selamat mencuba 


You Might Also Like

6 uols awesome

  1. laparrr tgk kuih keria..aritu try gk tp tang salut tu xbrp jd tp dh mcm caramel hehe

    BalasPadam
  2. sedapnya..gula berkerak2 tu nampak lagi sedap

    BalasPadam
  3. dapnyaa... tak sabar nak cuba.. viral pula kuih donat kecil ni :D

    BalasPadam
  4. yup pernah dengar kuih keria gula melaka ni. Tapi tak pernah rasa. Mesti sedap kan. Ala, lapar plak tiba2. :)

    BalasPadam
  5. Yumsss. Sedapnya el... Bila la nk rjin buat sdri ni..bab kuih ni leceh skit..bab msk lauk pauk..laju..hehe

    BalasPadam
  6. sedapnya tengok. tapi kira takde rasa nak makan lagi. kalau tidak jenuh ailio baby menitik lagi pulak hahahaha

    BalasPadam