SAPS SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK SECARA ONLINE

10:50 PG


SAPS 
SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK SECARA ONLINE
 
Apakah SAPS Ibu Bapa itu? Adakah anda 'aware' tentang SAPS Ibu Bapa ini?Ok kepada ibu bapa yang masih tidak tahu dan kepada ibu bapa yang anaknya baru memulakan alam persekolahan wajib tahu tentang SAPS Ibu Bapa ini. SAPS adalah satu kemudahan online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak mereka. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan keputusan markah peperiksaan pelajar anak anda. Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan oleh pelajar:
  • Sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
  • Sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5
Sebagai ibu bapa, kita sangat perlu untuk menitik beratkan pendidikan anak-anak. Pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dapat menjamin keterusan masa depan mereka di dalam era globalisasi yang mencabar ini. Bagaimana untuk memastikan anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan terbaik dalam pembelajaran mereka?Bagaimana memastikan anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa depan mereka?

Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!
  
Cara menyemak peperiksaan sekolah anak anda:

1. Klik link http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php (bookmarks link ini untuk rekod anda


 2. Masukkan nama, kad pengenalan, tahun persekolahan, jenis sekolah dan kod pengesahan


3. Semua data-data anak anda akan dipaparkan dan pilih jenis peperiksaan yang telah tamat tempohnya. 

 
4. Jangan khuatir jika ada markah belum lagi dimasukkan. Beri tempoh untuk guru-guru untuk melakukan kerja-kerja pemeriksaan dan penilaian markah.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga. Kadang-kadang ada segelintir ibu bapa yang tidak dapat memberi komitmen atas sebab-sebab tertentu misalnya kengkangan masa.

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk El yang sudah mempunyai 2 orang anak bersekolah rendah memang SAPS ini sangat membantu El untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan keputusan peperiksaan setiap penggal. Sekarang anak yang sulung darjah 4 dan yang no. 2 darjah 3. Tiap kali tamat peperiksaan penggal, wajib El menyemak markah keputusan peperiksaan di SAPS Ibu Bapa. Dengan kemudahan ini El boleh membandingkan prestasi peperiksaan anak2 di setiap penggal. Ini memberi galakan kepada anak2 untuk lebih fokus dan mengulangkaji pelajaran yang lemah.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.

Keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.

You Might Also Like

1 uols awesome

  1. Bila ada aplikasi macam ni, mudah kan untuk ibu bapa semak prestasi dan keputusan anak anak

    BalasPadam