YOU NEED A HOLIDAY LAH | TRAVELOKA ONLINE CONTEST

4:55 PTG


YOU NEED A HOLIDAY LAH
TRAVELOKA ONLINE CONTEST 

Sesiapa pun ingin pergi bercuti. Pergi bercuti adalah suatu treatment yang boleh bikin kita release tension. Lagi2 kalau dapat bercuti bersama keluarga adalah suatu kenikmatan yang tak dapat dilupakan. Selain bercuti dapat juga mengeratkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain. 

Tentunya kawan-kawan di luar sana ada membuat perancangan bercuti bersama keluarga bukan?Itupun kalau bajet mencukupi hihi. Tidak mengapa kalau tiada bajet, jom kita menabung. Sikit-sikit lama2 menjadi bukit. Wahh tentu syok dapat bercutikan. Kemana agaknya ya?Di luar negara?Di dalam negara?


Ha sini El nak kongsikan satu berita gembira untuk kawan2. Nak pergi bercuti takkkk?Dengan Traveloka impian anda menjadi kenyataan. Traveloka ingin menaja percutian indah anda dengan #MyTravelokaEscapade. Kawan2 boleh memilih 10 tempat percutian idaman samada di luar ataupun di dalam negara. Antaranya Sabah, Langkawi, El Nido, Bali, Nepal, Tokyo, London, South Korea, Hong Kong dan Melbourne dengan menyertai peraduan You Need A Holiday Lah dari Traveloka. Wow!!Memang AWESOME. Jom ramai2 kita join contest ini manalah tahu dengan Traveloka impian bercuti bersama keluarga menjadi kenyataan.

Ok semua nak tahu tempat percutian manakah pilihan El kan?Tak jauh pun dekat Malaysia juga. Tentunya Sabah adalah pilihan El. Mengapa Sabah bukannya London, Korea mahupun Melbourne. Oklah jom El share tempat-tempat menarik di Sabah yang memukau mata El untuk pergi bercuti tentunya dengan suami dan anak2 yang tersayang.


1) Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau 
 Tempat inilah yang membuatkan El teringin nak pergi ke Sabah. Tak dapat pergi New Zealand dapat pergi sini pun dah cukup happy. Acah2 dapat stay kat oversea gitu kan. Masyallah view cantik gila. Tempat ini juga merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandang Gunung Kinabalu. Selain itu juga boleh menikmati suasana malam dengan berkhemah di kawasan sekitarnya. Awesome kan kan



2) Pulau Manukan
 Cantiknya pulau ni. Salah satu pulau yang popular di Kota Kinabalu, Sabah. Diiktiraf sebagai Taman Laut Negara. Yang paling best, kita boleh melakukan aktiviti menyelam atau snorkeling. Laut biru kehijauan bak mutiara aduhaii geram hati kita tengok. Kalaulah dapat akan ku jelajah pulau ini sampai puas heyy.


 
3) Lok Kawi Wildlife Park
Tak sah kalau tak singgah ke zoo wildlife park ni. Ha sure anak2 El happy dapat datang ke sini. Diantara binatang yang dipelihara di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan juga beberapa spesis rusa. Ha yang best tu boleh naik gajah ni sambil bawa pi jalan2 round sekitar park ok :)



4) Coral Flyer
 Woohooo..aktiviti outdoor extreme yang El paling suka. Jom try ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi Terujanya. Longest Island to Island Zipline in the World uols. So excitement, thrill sambil lihat keindahan laut dan hutan, walaweiii..kuteruja



5) Rumah Terbalik
 Ni pun tempat sangat popular wajib singgah kan. Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia. Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta.

 


6) Kinabalu Park & Hot Spring
 Woohoo tempat2 ni sure en. suami and anak2 suka. Lawatan bersama keluarga ke Taman Kinabalu tidak akan sempurna tanpa berayun oleh Poring Hot Springs. Selain daripada tarikan utama air panas semula jadi di Poring Hot Springs, terdapat juga kawasan lain yang menarik di taman yang akan dilawati seperti ladang rama-rama, Pusat Poring Orchid Pemuliharaan, taman tropika, kanopi laluan pejalan kaki Poring, dan bunga Rafflesia duduk. Ha bolehlah tengok bunga terbesar di dunia tu



7) Desa Dairy Farm
 Yes. Semestinya Desa Dairy Farm wajib kawan2 terjah. Suasana sekitarnya seperti di New Zealand jugakan. Merupakan destinasi ideal untuk seisi keluarga, di mana terdapat aktiviti seperti memberi makan anak-anak lembu dengan susu botol, memberi makan kambing dengan rumput, bagaimana susu diproses serta proses memerah susu boleh didapati untuk semua. Sambil tu boleh nikmati aiskrim fresh dari ladang tau :) Syoknya



8) Tagal Sungai Moroli  
Kampung Luanti Ranau yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik kerana kewujudan pelbagai jenis ikan yang ramah itu, terkenal kerana sistem `tagal' yang diamalkan oleh penduduknya. Bahkan Kampung Luanti Baru pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya Anugerah River Cruise Award, Global Environment Centre, Anugerah Sistem Tagal dan sebagainya. Bayangkan jika anda mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni anda. Macam mana ye rasa ikan tu main2 kaki kita..iols ni pantang geli sure menjerit haha


9) Ladang Teh Sabah 
Ladang Teh yang ditanam di Ranau dengan ladang yang terbentang luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan,  Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada hiruk-pikuk kota
 



10) Pasar Sinsuran, Pasar Filipina, Pasar Kering
Dianggap antara pasar malam terbaik di Asia Tenggara. Pasar Malam Sinsuran yang diadakan setiap hari adalah tempat anda menjamu selera di samping melihat aneka jenis seafood. Pasar ni sebenarnya wujud waktu malam je. Waktu siang, kalau kita datang - kosong, takda apa pun.Bila menjelang malam je, memang macam pesta. Siap ada kerusi meja untuk pelanggan makan di sini. Pasar Malam Filipina  majoriti penjaja di Pasar Filipina  adalah orang Filipina kerana dulunya tempat ini adalah pusat transit bagi pelarian dari Filipina. Pelbagai jenis mutiara jenis air tawar ataupun air masin, yang telah di jadikan rantai, cincin, gelang, subang, kerongsang, butang baju melayu dan boleh juga dibeli dalam bentuk aslinya. Barangan mutiara tersebut boleh didapati hampir di setiap gerai dalam pasar ini.  Selain itu terdapat juga barangan kemas berasaskan manik yang boleh di jadikan pilihan untuk di beli. Pasar kering pula menjual pelbagai bahan2 kering seperti kuih cincin, kerepek-kerepek, ikan bilis, ikan masin dan macam2 lagi



11) Rainforest Discovery Centre (RDC)  
Terletak di Sepilok, Sandakan adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok - merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Bersiar-siar di dalam hutan atau berjalan di sepanjang 147-meter panjang laluan pejalan kaki kanopi dan nikmati pemandangan hutan hujan yang indah - 28 meter di atas tanah. Berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai juga memberikan peluang kepada pelawat untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan ini, seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung.

Sebenarnya Sabah penuh dengan tempat-tempat yang AWESOME untuk dilawati. Cukuplah 11 tempat menarik yang El share bersama kawan2. Alangkah seronoknya jika Traveloka sudi menaja percutian idaman El hihi. Bolehlah El bawa mak abah, en. suami dan anak2 bercuti ke Sabah. Sabah dah memanggil2 tu ha heyy
 

Kenapa kawan2 patut memilih percutian ini dengan Traveloka? Ini adalah kerana Traveloka adalah sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan penerbangan dan tempahan hotel perkhidmatan dalam talian yang berpangkalan di Jakarta. Menggunakan teknologi traveloka, anda mampu untuk segera mencari flight berharga yang paling murah dan hotel tanpa sebarang yuran tersembunyi tambahan. 

  
Jika anda seorang traveller dan ingin jimat kos travelling (hotel dan flight), maka Traveloka adalah pilihan bijak anda. Kenapa?Apa yang best sangat tentang Traveloka ni?Ok Traveloka boleh bandingkan harga dalam satu page. Selalunya kita kalau nak tempah tiket flight akan buka website syarikat penerbangan tu satu per satu untuk bandingkan harga tiket. Tapi dengan Traveloka anda hanya perlu pilih tarikh kemudian Traveloka akan bandingkan sendiri untuk anda. OMG..senangkan

  
Selain itu juga kawan2 boleh mengunakan applikasi Traveloka di mobile. Hanya installed Traveloka di mobile anda dan anda boleh memilih percutian yang anda impikan bersama Traveloka heyy. Di Traveloka juga anda boleh menikmati harga promosi yang menarik tau. Cepat2 sebelum promosi tamat hihi

 Untuk keterangan lanjut tentang keistimewaan Traveloka ini, anda boleh berkunjung di laman web Traveloka. Pastinya percutian anda penuh pengembaraan yang meninggalkan kenangan yang indah dalam hidup anda. Dengan Traveloka impian anda untuk bercuti menjadi kennyataan. Yeay



You Might Also Like

23 uols awesome

  1. Bestnya dapat pergi bercuti. Habiskan masa dengan alam

    BalasPadam
  2. wah..jgn lupa belikan saya hiasan mutiara satu set..ehehem

    BalasPadam
  3. SABAH best..aritu xsempat spend bnyk mase kt Kundasang..
    tp sempat cover sume tu pon puas hati..
    nk repeat.. :)

    BalasPadam
  4. Sabah pon best jugak...semoga berjaya

    BalasPadam
  5. tempat cuti idaman juga ni el, bestnya

    BalasPadam
  6. Semoga bjaya ! Negeri di bawah bayu, tmpt klahiran Ju. Xperna bosan nak kundasang. Christmas nnti naik sna lg dgn family =D

    BalasPadam
  7. syok p sabah..seafood...pulau2 yg cantik

    BalasPadam
  8. sabah memang best! apapun gud luck :)

    BalasPadam
  9. Good luck eL, semoga berjaya ke tempat idaman - Sabah..
    Sabah also my dreaming too - sebab tak pernah sampai lagi..

    BalasPadam
  10. jangan lupa bawak Zaf sekali naaa

    BalasPadam
  11. semoga sampai ke negeri tercinta Unni :) All the best

    BalasPadam
  12. Memang syok kalau dapat pergi semua tempat ni. Hehe. Goodluck kak El :)

    BalasPadam
  13. Good luck. Bestnye sabah. Nk kne repeat lg nie. Xpuas pergi awal tahun hari tue.

    BalasPadam
  14. Sabah mmg best
    P 3x dah pun rsa xpuas lagi...
    Sbb cantik sgt

    BalasPadam
  15. good luck
    lama x g sabah.. huhuhu

    BalasPadam
  16. rumah terbalik tu katne ek? sabah pun memang best

    BalasPadam
  17. lama tak ke Sabah...best sabah kan

    BalasPadam
  18. tahniah mama el!
    moga ada rezki kita pi sabah bersama hihihi

    BalasPadam
  19. tahniah kak el
    akak dgn kak nad dua dua piluh sabah
    dua dua menanng
    bestnya :)

    BalasPadam
  20. tahniah el, harap impian ke sabah tercapai

    BalasPadam