Sabtu, 17 Disember 2016

MAHA 2016 CIPTA SEJARAH

MAHA 2016 CIPTA SEJARAH



MAHA 2016 - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia
Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show atau ringkasnya MAHA 2016 telahpun berlangsung pada 1 - 11 Disember yang lalu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 



 Dengan tema kali ini Our Food Our Future, MAHA 2016 telah mencipta sejarah apabila seramai 3.7 juta pengunjung direkodkan. MAHA 2016 kali ini mendapat sambutan luar biasa menampilkan 1,500 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan peserta luar negara.
 
 
  
Antara pameran yang dipamerkan perniagaan, bengkel, pelancaran produk, demonstrasi teknologi inovasi pertanian, agro bazaar, pelancongan tani, persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan dan pelbagai lagi.


 Pada tahun ini, watak animasi terkenal, Upin dan Ipin diangkat sebagai maskot rasmi MAHA 2016. Watak Upin dan Ipin mampu menjadi daya penarik dari pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Pasti kanak-kanaklah paling teruja untuk datang ke MAHA 2016 untuk melihat telatah Upin dan Ipin yeay
 
 Antara pameran yang dipamerkan perniagaan, bengkel, pelancaran produk, demonstrasi teknologi inovasi pertanian, agro bazaar, pelancongan tani, persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan dan pelbagai lagi. Terdapat juga forum-forum hal ehwal islam, solat jumat beramai-ramai, pelbagai pertandingan dan permainan. 

Fuh banyaknya tak senarai keseronokan MAHA 2016 tau.


Boleh berselfie dan wefie dengan Lukisan 3D 


Rumah Terbalik

 
Beramah mesra dengan haiwan :) 



Lembu paling HOT di MAHA 2016 


Main bola dalam bendang hanya di MAHA 2016


Jom pusing2 MAHA 2016 dengan naik train..bestnya 
  

Yang suka bunga bolehlah beli pelbagai tanaman di sini..cantik orkid ni kan


Malam2 boleh menyaksikan konsert2 dari kumpulan2 yang terkenal.  



Tentunya makanan dan buah2an menjadi kegilaan pengunjung. Boleh menikmati buah2 yang fresh dan makanan yang sedap dan unik di MAHA 2016
Bertemakan Our Food Our Future, MAHA 2016 bakal menampilkan 1,500 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan peserta luar negara.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, terdapat pelbagai tarikan di MAHA 2016 termasuk seminar perniagaan, bengkel, pelancaran produk, demonstrasi teknologi inovasi pertanian, agro bazaar, pelancongan tani, persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan dan pelbagai lagi.
Di samping itu kata beliau, watak animasi terkenal, Upin dan Ipin diperkenalkan sebagai maskot rasmi ekspo berkenaan.
“Watak Upin dan Ipin mampu menjadi daya penarik kepada kanak-kanak untuk hadir ke sini dan ini secara tidak langsung dapat mendidik mereka sejak kecil lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-5-juta-dijangka-kunjungi-maha-2016-1.204875#sthash.GWsDsN0q.dpuf
Untuk pengetahuan anda juga, MAHA 2016 kali ini menampilkan tarikan terbaru antaranya

  
Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin 


Kampung Mak Cun 

Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr juga turut diadakan di MAHA 2016. Diadili oleh Chef Selebriti Chef Jo, Chef Mohd Hadzrin Sr. Sous Chef, Asian Cuisine
Unilever Food Solutions Malaysia, Rozita Idias Ismail
Blogger & Penulis Buku Resepi dan Nor Ariffin Hamzah Blogger terkenal dan pengasas Projek Blogger Utara.





Juaranya ialah Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara bertemankan Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia.

Kemudahan yang terdapat di MAHA 2016
1)  7,000 tempat letak kereta disediakan
2)  Lebih 180 kenderaan untuk memudahkan pergerakan pengunjung, seperti bas, tram, buggy dan wagon
3)  10,000 petugas keselamatan, lalulintas dan khidmat pelanggan disediakan
4)  7 kaunter informasi, 15 surau, 430 tandas termasuk OKU, 350 gerai makanan
 
Memang meriah sungguh MAHA 2016. Selain dapat melihat pelbagai barangan dan jenama yang dipamerkan kita juga dapat pelbagai maklumat, seminar atau kursus berkaitan pertanian. Kemeriahan ini turut dirasai dari golongan kanak2 hinggalah golongan warga emas. 


  

 Untuk maklumat lanjut mengenai MAHA 2016 ini, 
anda boleh layari FB MAHA 2016 dan website MAHA.

11 ulasan:

  1. 3.7 pengunjung tu. Woww. Ramainya pengunjung maha

    BalasPadam
  2. Fuhhh ramai. Memang syok bila dapat pergi sana :)

    BalasPadam
  3. Memang best maha 2016 nie.. banyan barang dapat saya beli ☺☺☺

    BalasPadam
  4. banyak tempat zaza tak pi.. sedih uhukk...tapi memang meriah giler la kan..hope next time nak dtg lagi

    BalasPadam
  5. sy kan, dok je putrajaya..tp xpenah langsung pegi MAHA..hihi
    xsanggup rs nk redah jammed..tp memang menarik sgt..mak ayah sy tiap tahun pegi..

    BalasPadam
  6. kalau tahun depan ada lagi..jom konvoi pi sana..;p

    BalasPadam
  7. Memang best tengok update kawan2 yang dah pergi MAHA.
    Semoga dapat pergi MAHA tahun hadapan.

    BalasPadam
  8. Memang dasyatlah sambutan dari orang ramai..

    BalasPadam
  9. entah bila nk p MAHA ni.. jiran bawak balik mcm2 makanan

    BalasPadam