Rabu, 21 Disember 2016

JUARA CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016

JUARA CABARAN 
RAJA KUAH KNORR 2016
  

  Pada 9hb December 2016 yang lepas berlangsungnya Pertandingan Peringkat Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 di MAHA 2016 bertempat di Serdang, Selangor. Pemenang-pemenang dari setiap zon (Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Utara) telah bertanding untuk memenangi gelaran Raja Kuah Knorr 2016.
 
Raja Kuah Knorr 2016 akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah ekslusif untuk 2 orang.

Pertandingan akhir Cabaran Raja Kuah  Knorr (RKK) ini diadakan untuk memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia.


Untuk 2016, Cabaran RKK diadakan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia sekaligus menghargai pengendali makanan yang kreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah kari, masak kicap dan masak lemak.


Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan diadili oleh Chef Celebriti Chef Jo, Chef Profesional UFS, Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Food Blogger terkenal dan Pengasas Projek Blogger Utara, Nor Ariffin Hamzah serta Penulis Buku Resepi dan Blogger, Ruzita Idias Ismail akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.

Antara finalis-finalis Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 terdiri daripada:


 Raie Mahidin (Juara Zon Sentral)
 Tema: Hantaran & Hidangan Perkahwinan.
 

 Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan)
 Tema: Santapan D'Raja Sri Menanti Istana 



 Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur)
 Tema: Warisan Kampung Knorr.


Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara)   
 Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia.
 

Juara Cabaran Raja Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara. Encik Budiman, 41 merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor. 
 


 Tema masakannya pada hari itu adalah Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan. 


Tahniah pada pemenang dan terima kasih pada juri-juri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir Cabaran Raja Kuar Knorr 2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap.

Tahniah pada pihak UFS atas anjuran pertandingan ini. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.

Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 Nov di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

10 ulasan:

  1. terbaik la..ada jugak wakil pbu terselit kat situ kann.. mcm vvip dah..;p

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada semua pemenang.
    Wah hadiah menarik.

    BalasPadam
  3. Wow...menarik..semua peserta lelaki..org lelaki mmg tera masak kan..

    BalasPadam
  4. sib baik aku tak masuk, kalau idak mesti aku jadi juara gak. Juara melantak. hahahaha

    BalasPadam
  5. perghhh nampak semua sedap.. hahaa habis la CP bertambah lemak2

    BalasPadam