DARK MANSION - 3D GLOW IN THE DARK MUSEUM | TEMPAT MENARIK DI PENANG

9:11 PG

DARK MANSION - 3D GLOW IN THE DARK MUSEUM
TEMPAT MENARIK DI PENANG
 
Dark Mansion-3D Glow In The Dark Museum | tempat menarik di Penang, yang terletak di tengah-tengah Georgetown Penang merupakan muzium gelap yakni muzium 3D Glow In The Dark pertama di Malaysia.
Kebelakangan ini, Penang sangat terkenal sebagai hab serantau untuk seni dan kreativiti kerana kemunculan muzium seni moden pelbagai tema. Dark Mansion adalah salah satu muzium seni moden paling bergaya kerana penggabungan sains dan teknologi ke seni dan telah menjadi salah satu tarikan utama yang baru dan lokasi mesti dilawati di Penang.
 


Di Dark Mansion menyaksikan satu langkah ke hadapan dari teknik seni lukisan 3D yang mengubah lukisan 2 dimensi ke dalam imej 3 dimensi, Dark Mansion menggabungkan cahaya yang berkuat kuasa gelap ke dalam lukisan untuk menjadikan ia satu yang unik. Selain itu, penggunaan cahaya khas untuk mewujudkan peralihan sehari-malam. Pengunjung boleh menyaksikan perubahan lukisan dengan cahaya dan menikmati lukisan yang sama dengan dua mod yang berbeza.

Dark Mansion mempunyai 2 tingkat. Terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Bahagian bawah: My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood. Bahagian atas: Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight

Anak2 El dah tak sabar nak buat pengembaraan di sini. Jom kita lihat apa yang menarik dalam Dark Mansion-3D Glow in the Dark Museum.

BAHAGIAN BAWAH 

My Toy Story - A Fun - Ride On Childhood

Di bahagian ini anda boleh bergambar dengan lukisan 3D yang mengisahkan permainan terkenal di zaman 80-an dan 90-an. Ada bermacam-macam jenis watak kartun antaranya Jigsaw Puzzle, Super Mario Bros, Tamagotchi, Army Men, Snakes and Ladders, Lego, Table Football, Barbie Doll dan banyak lagi . Hasil lukisan 3D di Dark Mansion pon sangat menarik. Mesti anda teringat zaman kanak2 anda pernah bermain dengan permainan ini. Ada tak?

 


 SUPER MARIO BROS


TAMAGOTCHI
 

SNAKES & LADDER, JIGSAW PUZZLE 


LEGO

ARMY MEN


 TROLL DOLL, FOOTBALL TABLE


CLAW CRANE 


RUBIK'S CUBE





 PAPER DOLL

 

Mai penang pekena teh tarik komtar, roti canai terbang dan char koay teow na



Sian trex ni, depa x bagi makan sampai tinggal tulang ha haha

 

 BAHAGIAN ATAS


Mysterious Tropical Pandora 

Dibahagian ini pula kita di bawa meneroka hutan tropika yang penuh misteri dengan kesan cahaya di dalam gelap. Kita boleh menyaksikan metamorfosis tumbuhan menjadi makhluk hidup yang istimewa dalam beberapa saat.



Kawasan sini nampak macam hutan real. Boleh buat photoshoot tau. Ha nampak 2 model hutan tengah acah2 Next Top Model hihi


Tanpa cahaya lampu


Dengan cahaya lampu


Tanpa cahaya lampu


Dengan cahaya lampu




 3 gambar yang last ni, 3 situasi yang berbeza. Nampak x kelainan dia. Cantik gila tempat ni. Anak2 el tak abis2 cakap mama..kita kat dalam Avatar ke? Kita boleh lihat effect cahaya yang berlainan. Ha jangan risau, ada adik2 di situ yang boleh tolong ambilkan gambar yang cantik nanti ok.


  Ikan duyung bersama dory and nemo

 

Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting

Di bahagian ini lah paling menarik dan awesome. Di sini merupakan lukisan kaki lima Anamorphic yang terbesar di dunia yang bercahaya di dalam gelap lukisan dengan kesan khas peralihan siang dan malam oleh Edgar MΓΌller. Memang teruja bila dapat melihat serta bergambar dengan lukisan yang amat menarik ini. Ikutlah kreativiti dan gaya masing2 untuk memberi kesan yang terbaik dalam gambar nanti




  The Infinity Room

Sape pernah tgk movie Avatar. Ha tau tak pokok2 dan makhluk terbang yang bercahaya tu? Ha dalam infinity room ni anda boleh fefeling dalam avatar tau. Di The Infinity Room anda boleh berjalan di atas jambatan bercahaya yang tidak berkesudahan dan menikmati suasana yang menakjubkan di mana langit itu ditutup dengan makhluk yang berkilauan



Stars and Moonlight 

Stargaze di bulan! Dibahagian Stars and Moolight anda boleh menikmati keindahan malam berbintang dan boleh bertemu dengan zodiac anda di sana.




Terima kasih kepada pihak pengurusan Dark Mansion kerana menjemput team #projekbloggerutara merasai kehebatan hasil seni 3D yang paling canggih di Pulau Pinang ketika ini.

 

Jom cuti sekolah pun masih ada lagi. Anak2 anda tentu seronok dapat datang dan merasai pengalaman menarik di Dark Mansion ni.

Untuk info lanjut boleh ke: 
Facebook : Dark Mansion  
Website : www.darkmansionpenang.com

Harga tiket 
Adult: RM20
Kid/Senior Citizen: RM12
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6.30 petang. Last admission 5.30 petang. 





You Might Also Like

12 uols awesome

  1. Bestnye el, besar juga tempat ni ek. Banyak tempat boleh explore. Harga masuk pun sangat berpatutan.

    BalasPadam
  2. okey jeles ! gambar ai tak de.. baiii !!!!

    BalasPadam
  3. Bestnyaaaa kak El. Macam macam muzium dah ada dekat Penang ni πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  4. gmbr murni kt bulan tu paling win

    BalasPadam
  5. Banyak tempat menarik kat penang ya

    BalasPadam
  6. serius El..cantiknya gambar-gambar semua ni...mesti best giler kan tempat ni..

    BalasPadam
  7. Wah.. Satu lagi tempat menarik kat Penang nie. Boleh lah sis singgah next time. 😊

    BalasPadam
  8. teringin nak ke muzium penang. walaupun dkt ja ngn kedah. tp belum smpai. haha

    BalasPadam
  9. sakan hampa semua selfie.. sadis xdpt join

    BalasPadam