Selasa, 1 November 2016

RESEPI LOBAK PUTIH MASAK LEMAK | KHASIAT LOBAK PUTIH

RESEPI LOBAK PUTIH 
MASAK LEMAK 
KHASIAT LOBAK PUTIH

Ekceli x pernah masak lobak putih ni. Tau makan je hahaha. Kalau mil iols balik rumah dialah yang selalu masak lobak putih. Mil rajinlah beli lobak putih. My mil selalu masak tumis air dengan masak lemak. Minggu lepas tiba2 en. shumi suh masakkan lobak putih. Jom kita masak lobak putih masak lemak

Resepi Lobak Putih Masak Lemak 



Bahan-bahan

Lobak putih dibuang kulit dan dipotong bulat

Bahan kisar
1) 1/2 biji bawang besar
2) 3 ulas bawang putih
3) 1 sudu besar belacan (dibakar)
4) 5 biji cili padi

5) 1 1/2 cawan air
6)  1 cwn santan
7)  1/2 sudu teh stok ayam
8)  serai dititik
9)  sedikit minyak untuk menumis. 
10) segengam ikan bilis
11) sebiji tomato
12) 2 keping asam keping
13) garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar, ikan bilis dan serai sehingga wangi.
2. Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan lobak putih dan asam keping dan kacau.
4. Biarkan ia mendidih dan renihkan ia sekitar 15 minit dengan api yang kecil. Tunggu sehingga lobak putih lembut. 
5.  Kemudian masukkan santan dan kacau lagi. Biarkan ia mendidih.
6. Akhir sekali masukkan garam, stok ayam dan tomato. Didihkan lagi sekitar 2 hingga 3 minit.
7. Siap untuk dihidang dengan nasi panas.


Memang sedap!hihi en. shumi makan sampai licin. Ok next kita try buat kuih lobak putih plak or sup ke rebus..ikutlah kalau mama el rajin haha

KHASIAT DAN KEBAIKAN LOBAK PUTIH
  • BAIK UNTUK GIGI, GUSI, RAMBUT DAN KUKU.
  • MERANGSANG NAFSU MAKAN.
  • MENGURANGKAN RASA GUGUP DAN DARAH GEMURUH
  • MENGATASI MASALAH PECERNAAN DAN MEREDAKAN SEMBELIT.
  • MERAWATI SELSEMA.
  • MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MELARUTKAN KOLESTROL DALAM DARAH.
  • MEMBANTU MELARUT BATU HEMPEDU, BATU KARANG DAN BATU DALAM PUNDI KENCING - SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT BATU KARANG.
  • PESAKIT DAIBATES JUGA PATUT MEMAKANNYA.
  • MELANCARKAN SUSU IBU BAGI IBU YANG MENYUSUKAN BAYI.

PELBAGAI CARA UNTUK KITA MENYEDIAKANNYA : -

  1. MEMBUAT JUS LOBAK PUTIH
  2. MASAK SUP @ REBUS
  3. GORENG DENGAN UDANG DLL.
  4. MEMBUAT KUEH

SELAMAT MENCUBA

14 ulasan:

  1. boleh beli nanti buat resepi macam kak el ni...

    BalasPadam
  2. Sha paling tak boleh nak makan lobak putih nie..
    Dia ada rasa pedas.. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa pedas tang mana..xde pun haha
      sodap sha..k.el berulang ratah lobak putih ni hehe

      Padam
    2. Ke sha je yang rasa macam tu.. hehehe..

      Padam
  3. Piring tu ! macam arwah tok punya.. tak tau pi mana dahh

    BalasPadam
  4. pernah sekali beli dan masak masa susu badan merundum..memang berkesan utk tambah susu..tapi tak suka rasa dia..hehehe

    BalasPadam
  5. Kaknoor jarang masak lobak putih
    Kalau tau banyak kelebihan mesti nk masak selalu ni
    Tengok dari jauh mcm rebung lah masak lemak ni

    BalasPadam
  6. Banyak juga rupanya khasiat lobak putih ni. Boleh try nanti

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan lobak putih. Mungkin boleh try lepas ni :)

    BalasPadam
  8. saya makan time dlm pantang je. itu pun masak air je

    BalasPadam
  9. suka makan !! boleh cuci rahim lepas period org tua2 ckp

    BalasPadam
  10. Tak la suka makan tapi kalau terhidang belasah je makan huhuhuu..

    BalasPadam