Selasa, 4 Oktober 2016

THOMAS TOWN MINI & MIGHTY MALAYSIA TOUR IN GURNEY PARAGON MALL, PENANG

THOMAS TOWN MINI & MIGHTY 
TOUR IN GURNEY PARAGON MALL, PENANG


Jom bawa anak-anak anda ke Gurney Paragon Mall, Penang untuk menyertai Taman Tema Thomas & Friends,  Thomas Town ‘Mini and Mighty’ Tour yang mempamerkan sebanyak 70 enjin MINIS, sesi bertemu peminat dan banyak lagi bermula pada 1hb-16 October, 2016
 


 Thomas Town, Puteri Harbour, dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara dan Gurney Paragon Mall meraikan Hari Kanak-Kanak Malaysia lebih awal dengan Thomas Town ‘Mini & Mighty’ Malaysia Tour



  Majlis perasmian Thomas Town-Mini and Mighty Tour ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng beserta barisan tetamu kehormat yang lain.
  



Berlatar belakangkan Pulau Sodor, ‘Mini and Mighty’ Tour akan memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung kanak-kanak di Pulau Pinang. Ia menyediakan aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan seperti Thomas Town Track Challenge, Thomas Train Ride, Story-telling Adventures, Thomas Maze Challenge dan sesi bertemu peminat dengan watak-watakThomas & Friends, iaitu Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt. Kesemua acara dan aktiviti ini adalah sama seperti yang terdapat di Thomas Town, Puteri Harbour, Johor!






 Istimewanya, buat pertama kali di Penang, para peminat cilik Thomas turut berpeluang menyaksikan sendiri pameran 70 buah enjin Thomas & Friends setinggi satu meter! Menerusi pameran yang merupakan replika siri televisyen popular Thomas & Friends ini, pengunjung boleh melihat sendiri enjin-enjin popular seperti Thomas, Percy, James, dan Gordon, dan juga enjin-enjin lain yang dihias dengan tema istimewa seperti Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.



  

Thomas Town, Puteri Harbour (dahulunya dipanggil The Little Big Club) merupakan tarikan taman tema dalaman keluarga yang menawarkan permainan (rides) dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat dengan membawa kanak-kanak ke dunia Thomas dan rakan-rakannya. Ibubapa bersama anak-anak mereka yang ingin melawat Thomas Town, Puteri Harbour boleh membeli tiket pada harga promosi iaitu RM 99 untuk dua pas masuk (harga asal RM 170), tiket boleh dibeli secara eksklusif di ‘Mini & Mighty’ Tour.


El dan anak-anak tidak ketinggalan untuk menyertai pameran ini. Tentunya anak-anak el seronok dapat melihat Thomas & Friends dan pelbagai enjin minis yang lain. Selain itu juga pelbagai permainan di sediakan untuk kanak-kanak.



 
  
 




Rusty and Dusty Show


Jadual Aktiviti 

Thomas & Friends Train Ride (1-16 October, 2016)
10.00am-12.00pm
1.00pm-6.00pm
7.00pm-9.00pm

(Spent minuman of RM200 at any outlet in Gurney Paragon Mall, Thomas Town Theme Park ticketing booth or Thomas & Friends merchandise area to redeem a pair of train ride passess (Limited to first 100 pairs per day)

1 October, 2016
5.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet Session On-Stage
6.00pm Thomas Town Maze Challenge
8.00pm Thomas Town Track Challenge
9.00pm Thomas Town Trivia

7 & 14 October, 2016
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
4.00pm Thomas Town Trivia Contest

8.00pm Thomas Town Track Challenge

 8 & 15 October, 2016
12.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
3.00pm Sir Topham Hatt Meet & Greet
5.00pm Thomas Town Track Challenge
7.00pm Thomas Town Storytelling Session
9.00pm Rusty & Dusty Meet & Greet

2,3,9 & 16 October, 2016
12.00pm Rusty & Dusty Meet and Greet
1.00pm Thomas Town Maze Challenge
3.00pm Sir Topham Hatt Meet & Greet
5.00pm Thomas Town Track Challenge
7.00pm Thomas Town Storytelling Session

Gurney Paragon Mall Special Tour Promotions

(During the two-week showcase, Gurney Paragon Mall's shoppers who spend RM200 and above with a minimum of two receipt at any outlet in the mall, or at Thomas Town, Puteri Harbour ticketing booth or Thomas & Friends merchandise area can redeem a pair of passess for kids age 4 to 12 years old to enjoy the train ride at the Tour. For shoppers who would like to win Thomas & Friends MINIS Collector's Playwheel, Gurney Paragon Mall's shopping voucher or All Park Pass to Puteri Harbour attractions, they can log on to Gurney Paragon Mall's facebook fanpage and join a photo contest by submitting their photos taken with the Thomas & Friends MINIS engines along with a creative caption. In addition, the first daily 10 new Gurney Paragon Card sign-ups will be entitled to receive Thomas Town pass worth RM85. All these are happening from now until 16/10/16.)



Ok lokasi Thomas Town Mini & Mighty terletak di Atrium, Level 1, Gurney Paragon Mall, Penang

ll


 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Thomas Town, Puteri Harbour ‘Mini & Mighty’ Tour Malaysia 2016, sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.



8 ulasan:

  1. mcm2 aktiviti..ank2 sronok la ..nk2 peminat thomas & train

    BalasPadam
  2. best la budak-budakkk..enjoy giler~

    BalasPadam
  3. Kesukaan anak2. Seronoknya...70 biji tu banyaknye...

    BalasPadam
  4. Bestnya.. Memang menjadi kesukaan anak2 lah nie..

    BalasPadam
  5. comelnya thomas dgn kawan kawan dia.. hehe..dulu katun dia mmg rajin tgk..

    BalasPadam
  6. pernah pergi yg 1Utama, memang teruja giler abg Dayyan dpt jumpa geng2 thomas ni..

    BalasPadam
  7. psssttt
    iols ni ada harapan kena repeat weekend ni
    he3
    boboboy dok zikir semedang dah ni haaaaa

    BalasPadam