Jumaat, 14 Oktober 2016

PUSAT REKREASI LUBUK TIMAH | TEMPAT BERKELAH DAN MANDI MANDA DI IPOH

LUBUK TIMAH
TEMPAT BERKELAH DAN 
MANDI MANDA

Last week weols pergi berkelah di Lubuk Timah
Sebelum ni pernah baca lubuk timah ni dalam facebook. En. shumi tag iols haha. Dialah yang ajak weols pergi mandi kat Lubuk Timah Ahad lepas

Weols ni pantang kalau laki bini dapat cuti sama, memang suka keluar jenjalan. Tu yg kadang2 tu npk iols dengan anak2 je, ha time tu en. shumi kerja. So dah cuti sama ni weols balun lah cuti sakan hehe. Tak kisahlah nak pi mana, janji dapat keluar dari rumah. Budak2 tu kalau duk rumah terperap main komputer and main handphones. Iols memang tak suka. 

So subuh2 iols dah bangun tuk masak breakfast and lunch untuk bekal nanti. Breakfast mcm biasa iols buatkan sandwich telur dan roti sosej. Yang heavy iols masak nasi lemak, sambal udang, telur rebus, timun, kacang goreng dan ayam berempah. Air pun iols siap2kan sekali. Senang xpayah dah nak beli mcm2 kat sana. Jimat pun jimat :) Anak2 ramai gitulah. Kalau sorang dua tak kisah sgt 

Ok untuk pergi ke Lubuk Timah, dari Utara highway tu uols kena exit tol Simpang Pulai. Pas2 uols amik 2 x kiri.  Terus ke jalan nak p Cameron. Then sepanjang jalan tu uols akan npk signboard belah kiri tulis Pusat Rekreasi Lubuk Timah Hot Spring. Ha dah sampai hihihi. Perjalanan kami mengambil masa hampir 2 jam. 
  

 Kami sampai sana dalam pukul 10pagi. Orang pun dah siap ada yang berbeku. So cepat2 lah iols cop tempat. Uols boleh pilih nak sewa pondok atau tak. Sepanjang sungai tu kiri kanan ada disediakan pondok. Ada pondok harga RM50 dan RM10. 

  

  
Pondok berpagar


Pondok open air

Ok kalau pondok yang RM50 besar ada kipas dan suis memang selesa boleh siap bentang toto and bawa bantal kalau nak lepak smpai ke petang hihihi. Ha nak bawa rice cooker or dapur electrik pun boleh. Nak cas henpon pun boleh. Dalam pukul 12 cengitu tiba2 hujan pulak, mujurlah sewa pondok ni ha..berbaloi lah RM50 lagipun dekat ngan toilet dan surau. Senang juga untuk iols nak menyusu si kecik tu.


Ok kalau pondok yang RM10 tu macam dalam gambar di atas tu. Tapi pondok macam ni kena naik atas sikit. Ha sana mmg banyak pondok2 RM10. Kalau datang tenghari memang penuh dah. Kredit gambar mykelah.com


Selain air terjun ada juga kolam air panas. ok yang kolam biru tu kolam air panas ye. Ada 3 4 kolam air panas kat situ.


Weol mandi kat sini je 


Kalau hujan memang air naik. Laju je air sungai tu.


 Gambar ni ehsan dari google

  Ok kalau nak p area air terjun pulak uols kena menapak 500meter ke atas. Iols pun pergilah nak tengok. 


Sepanjang dalam perjalanan ke air terjun


Dah sampai. Rupanya ada ramai jugak yang berkelah dan mandi manda kat sini. Iols igt belah2 bawah je hahaha. Tapi kan tak sama lak apa yang iols gambarkan.





Ha mcm nilah iols gambarkan. Tapi pada hari kejadian just air terjun kedua belah je ado, yang tengah2 tak de plak. Kredit gambar mykelah.com





Kami melepak kat Lubuk Timah ni sampai solat Zohor. 


Surau dan tandas ada disediakan. El perasan ada chalet juga. Tapi x tau details. Karaoke pun ado ok. Hari tu tengah2  mandi pun ada org duk nyanyi. Pas2 hujan..adoii sabo je lah haha



Parking yang luas


Ada gerai makanan dan minuman juga


Nak  menunggang kuda pun ado hehe


Nasi lemak pada hari kejadian hehe

5 ulasan:

  1. Bestlah sebab semua kemudahan asas ada. Berkuda pun ado. Wah...best betul...

    BalasPadam
  2. sedapnyer nasik lemak mak daro..bestnyer berkelah di bukit timah

    BalasPadam
  3. sedapnya nasik lemak.. nyum2

    ayaq terjun macam tak banyak je yang buat terjunan.. duduk bawah tu, syiok ooo

    BalasPadam
  4. cantik tempatnya, especially budak2 mesti suka

    BalasPadam
  5. bestnya..lama tak p berkelah tempat gini...
    duk nampak tempting nya lahai nasik lemak tuuuu

    BalasPadam