Khamis, 20 Oktober 2016

LASER OPS MALAYSIA INDOOR LASER TAG ARENA | TEMPAT MENARIK DI PENANG


 LASER OPS MALAYSIA
INDOOR LASER TAG ARENA
TEMPAT MENARIK DI PENANG

Kalau singgah ke Penang wajib singgah Laser Ops Indoor Tag Arena tempat menarik di Penang memang BEST sangat
Family yang ada anak-anak kecil yang suka aksi tembak-menembak ini lah tempat yang perlu anda bawa 1 family boleh main.


Sabtu lepas el dan team familia Projek Blogger Utara mendapat jemputan dari Laser Ops Malaysia. Ada yang dikalangan uols yang tidak tahu kewujudan Laser Ops Malaysia ni bukan. Terletak di tingkat 3, 1st Avenue Mall (sebelah Komtar dan Pragin Mall). Laser OPS Malaysia ini adalah satu tempat permainan indoor. Uols boleh menembak dengan menggunakan laser dan mengumpulkan point. Jika uols tembak banyak, banyaklah point. Jika uols kena tembak, point uols kena tolak ngeh ngeh ngeh. 

 
Seramai 28 pemain boleh bermain secara serentak. Jangan bimbang kalau tidak cukup 28 pemain, sekurang-kurangnya 3 or 4 orang pun dah boleh main. Iols dah teruja hendak main tembak laser ni dari kecik lagii haha


Power Rangers 4 haha

Ha kali ni dapatlah main tembak-tembak dengan anak-anak dan family pbu. Seronok sangat. Anak-anak el kemain seronok dan teruja tak boleh nak gambarkan macam mana hehe. Enjoy sangat. Tak puas main woo hehehe.

Harga Tiket Laser OPS Malaysia

 

 Syarat kemasukan
Berumur 7 tahun keatas
(Kanak2 7tahun kebawah boleh je bawa masuk.  Tengok sahaja tetapi tidak boleh bermain dan dipantau oleh orang dewasa)

Hari tu kami ada 8 orang termasuk 3 kanak-kanak
 

Sebelum itu, uols kena register nama, nama samaran dan email dulu. Iols pakai nama CEKODOK. Hahaha


Ok markah akan automatik akan dihantar ke alamat email yang uols bagi nanti.  

 


Sudah register, kami dibawa ke blue room untuk mendengar sedikit taklimat tentang permainan laser ni. Anak bujang iols sudah excited sangat, bertingkat-tingkat soalan dituju. Sampai iols suruh dia diam sekejap bagi habis taklimat itu dulu ekeke


Kemudian kami ke bilik lain pula untuk mengambil shield dan laser gun. Berat jugak lah benda ni. Iols no. 03. So cari shield no.03.
  

Iols ada macam Tomb Rider tak hahaha. Ok untuk menembak uols kena press button merah dekat muncung depan gun tu. Kalau press 1 button sahaja, tembakan biasa2 je. Kalau press dua-dua button kiri kanan ha dia tembak macam machine gun tu
  



 Untuk menembak musuh, uols perlu menembak di bahu kiri dan kanan, depan dan belakang badan serta gun . Ok kalau pemain yang ramai boleh buat 2 team hijau dan merah. Woohoo!! Ok games on bebeh!! 

 



Zon ini direka khas dengan LED Wall Medallions.
Arena maze ini direka khas dengan lampu, kesan cahaya dan asap serta dilengkapi dengan sound effect untuk mewujudkan suasana yang mendebarkan.



Keadaan dalam tu tak adalah gelap sangat. Boleh lah nampak musuh lalu. Haha. So kami main tembak je lah. Kumpul point. Best giler kut. Iols lagi la siap cari lokasi tersembunyi. Musuh lalu tembak, musuh lalu tembak hahahaha. Giler nak kumpul point kau muahaha. Kami main 1 games je adalah dalam 20 minit cam tu


Ok dekat luar kaunter tu ada skrin papar berapa point yang kita kumpul. So ini adalah top 5 players. Yeay Congrat cekodok (iols le tu) no. 2 ok hahaha. Ha makan cekodok tu ingat2 lah iols ni muahahaha


Memang best sangat main laser tag ni. Uols wajib singgah dan bawa anak2 sekali. Sure diorg enjoy. Ni ha anak2 iols dah suruh bawak pergi sana lagi. Tak puas main katanya lagipun anak bujang iols x puas hati mama cekodok diorg no. 2..yang dia plak no. 4 hahaha
 

Thank you Laser Ops Malaysia for having us. We had a great time. 

Alamat:

Laser OPS
1st Avenue Mall 3-13
182 Jalan Magazine
10300 Georgetown Penang
Tel: 04-2519092
email:tagme@laserops.com.my
facebook: https://www.facebook.com/laserops.my
website: http://laserops.com.my/


9 ulasan:

  1. syok, nanti kita p main lagi El.. anak2 pun tak pas hati ibu diaorang menang.. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Padam
  2. Syoknya..anak2 dan hubby suka main tembak2 ni. Hebat lah el dpt no 2 tu...tahniah!

    BalasPadam
  3. Syoknya main main waktu santai ni :D

    BalasPadam
  4. Syoknya... lama dah tak pergi main game ni.. yg ni lagilah baru.. best2!! :) :)

    BalasPadam
  5. boleh jadi citer star wars ni

    BalasPadam
  6. Hahaha.. Yang paling menarik dalam entry nie nama kak el tu.. Cekodok.. Bila baca je dok ingat cekodok.. terus perut lapar..
    Best owh kalau dapat main game macam nie..

    BalasPadam