Ahad, 30 Oktober 2016

IKLAN DEEPAVALI 2016 BERSAMA PETRONAS YANG MENYENTUH JIWA

IKLAN DEEPAVALI 2016 
BERSAMA PETRONAS 
YANG MENYENTUH JIWA

Tidak lambat rasanya untuk mengucapkan Happy Deepavali untuk mereka yang menganut agama Hindu dan semua rakyat Malaysia.

Dulu waktu sekolah, El ramai kawan yang beragama Hindu. Deepavali time, memang tak sabar nak pergi beraya di rumah mereka. Sebab nak makan capati dan makanan India yang lain haha. Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut agama Hindu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.

Bertuahkan kita tinggal di Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Dapat melihat dan merai pelbagai perayaan. Bersyukur masih saling hidup dalam keharmonian. Salah satu sikap yang perlu ada untuk mengukuhkan keharmonian sesama kita adalah dengan berprasangka baik terhadap orang lain.

Iklan Petronas ini memang mendalam maksudnya. Jom tonton video dari Petronas ini.


Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling menghormati perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita. Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat lebih bertimbang rasa terhadap orang lain.

Video ini memberi kesedaran supaya kita sentiasa berprasangka baik antara satu sama lain. Lagi2 kita hidup berbilang kaumkan. Untuk menjaga dan mengukuhkan ukhwah sesama kita, keharmonian  dalam perhubungan persahabatan dan persaudaran haruslah dijaga. Jangan mudah menilai seseorang itu tanpa bukti yang kukuh. Jauhkan sikap negatif dan berprasangka tidak baik.


Malaysia yang aman yang rakyatnya saling menghormati antara satu sama lain. Kekalkan perpaduan ini sampai bila-bila. Semua bangsa dan agama hidup aman, gembira dan sejahtera.
Semoga cahaya menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individu dan warga Malaysia.

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi.

HAPPY DEEPAVALI 

6 ulasan:

  1. memang menarik iklan ini. Jangan berprasangka dengan apa yang kita lihat.

    BalasPadam
  2. wah ! belajar sejarah hari ni.. niat bukak YouTube nak tengok iklan ni, tapi selalunya tersasar

    BalasPadam
  3. Untung kan hidup berbilang kaum ni :)

    BalasPadam
  4. memang suka tengok iklan Petronas... sentiasa ada mesej yang ingin disampaikan dan mudah tersentuh dgn mesej mereka...

    BalasPadam
  5. semoga berkekalan keharmonian kaum di negara kita

    BalasPadam
  6. Mesej Petronas setakat nie memang ohsem..

    BalasPadam