Khamis, 13 Oktober 2016

BUKU DISNEY EDISI BAHASA MELAYU



  BUKU DISNEY EDISI
BAHASA MELAYU


  
Peminat-peminat kartun animasi Disney seperti Frozen, Spiderman, The Good Dinosour, Inside Out, Cinderella dan banyak lagi boleh dapatkan buku-buku cerita terbitan Advantage Quest ini di pasaran sekarang. Yang bestnya buku-buku cerita Disney ini diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu ok. Anda boleh dapatkan buku-buku cerita Disney ini di seluruh kedai buku berdekatan anda. Wow teruja kan. As parents, iols pun teruja sangat.



Salah satu aktiviti yang sihat yang patut kita pupuk dari kecil adalah membaca. Memang sukar untuk melihat anak-anak sekarang untuk rajin membaca. Apa yang kita lihat mereka ini lebih suka untuk melakukan aktiviti seperti bermain games. So, as parents kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti harian mereka supaya mereka membuat sesuatu yang berfaedah.



Untuk mempupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak, buku-buku Disney terbitan Advantage Quest ni adalah satu pilihan yang sangat BIJAK. Teruja bila buku-buku ini akan dihadiahkan pada anak-anak el. Dah lah mama el jarang nak belikan buku cerita kat diorang. El tahu anak-anak el memang suka baca. Yang paling best buku-buku ini semuanya dalam Bahasa Melayu tau. Tentunya lagi semangat anak-anak el nak membaca. 

 




Lagipun diorang ni peminat-peminat kartun Disney. Yang abang suka spiderman, Yang kakak suka inside out, yang kakak lagi sorang suka frozen dan kecil suka the good dinosour hahaha. Dan keempat-empat orang anak el ni suka melukis dan mewarna. Haihlah x leh gambarkan wajah keseronokan mereka bila dapat buku-buku Disney ni tau.



Ini adalah antara 60 koleksi buku-buku Disney terbitan Advantage Quest dalam Bahasa Melayu. Cantikkan buku-buku ini. 







Yang mama el paling suka sangat dengan buku terbitan Advantage Quest ni kan kualiti buku dia sangatlah terbaik dengan ilustrasi gambar dan warna yang menarik dan terang. Ini menarik minat kanak-kanak untuk membaca. 



Tonton video anak-anak el menampal sticker/puzzle dan mewarna bersama buku Disney



Selain buku cerita, buku mewarna, menampal sticker dan melekat puzzle turut diterbitkan. Ini juga satu aktiviti yang sangat menguji kecerdasan otak anak-anak kita. Anak-anak el memang suka sangat bab-bab lekat gambar ni. Semuanya tak sabar untuk mewarna dan melakukan aktiviti melekat puzzle dan sticker. 




Aktiviti ini merupakan aktiviti yang sihat yang boleh merapatkan hubungan ibubapa dan anak-anak amnya. Selain di rumah, anda juga boleh membawa mereka ke luar untuk melakukan aktiviti beriadah sambil membaca, mewarna dan melekat. Keharmonian kekeluargaan akan makin rapat dan kasih sayang bertambah erat yeayy

Tonton video precious moment family el bersama buku-buku Disney Edisi Bahasa Melayu :)


MENANGI PERCUTIAN KE 
DISNEYLAND HONG KONG

Anda akan berpeluang MENANGI PERCUTIAN KE DISNEYLAND HONGKONG dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.
 

#BukuDisney #MariBaca #Popular #AdvantageQuest

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari link 
 Advantage Quest seperti dibawah

Facebook:
https://www.facebook.com/AQPublications
Website:
 http://www.aqpublications.com/

7 ulasan:

  1. wah syok ada versi bahasa melayu..biasa tgk versi english je

    BalasPadam
  2. wahhh! kalau buat dalam bahasa tapi kualiti dan alihan bahasa dia elok takpe, mmg berbaloi la beli...kalau takat melepas batuk ditangga..sedih rasanya nak baca :P

    BalasPadam
  3. Wahhhh.. mcm menarik jer buku ni.. anak2 memang suka frozen2 ni.. hihi

    BalasPadam
  4. wah nak kena beli gak kat Alysa & Danish ni

    BalasPadam
  5. wah..seronok anak2 dapat baca buku-buku tu kan

    BalasPadam
  6. seronok tengok budak-budak tu membaca buku...banyak pula tu pilihannya

    BalasPadam
  7. seronok bila semua rajin membaca kan...pilihan buku pun bagus

    BalasPadam