Jumaat, 28 Oktober 2016

5D INTERACTIVE WORLD | TEMPAT MENARIK DI PENANG

5D INTERACTIVE WORLD
TEMPAT MENARIK DI PENANG

Baru baru ini team Projek Blogger Utara mendapat jemputan review salah satu tempat menarik di Penang. 5D Interactive World merupakan alam interaktif 5D pertama di ASIA yang wajib anda lawati kerana dia sangat berbeza dengan galeri seni yang lain. Apa yang bezanya?Check it out!!

5D Interactive World kalau dari Komtar tu terus ke Penang Times Square. Sebelum nampak Penang Times Square, galeri seni ni berdekatan dengan shoplot tepi jalan je. 


5D Interactive World lain dari galeri seni yang lain kerana dia merangkumi Art (Seni), Creativity (Kreativiti) dan Education (Pendidikan). Di galeri seni ini, anda akan merasai pengalaman dari 5 bahagian yang berbeza iaitu Animasi, Arca, Tanah Liat, Alam Sekitar dan Magik. Setiap bahagian menyediakan pelbagai jenis maklumat kepada pengunjung. 

  
BAHAGIAN ALAM SEKITAR


Air adalah keperluan seharian kita. Hargai dan sayangi sumber air kita. 


  

 Sayangi hidupan laut. Jangan aniaya dan membuat pencemaran. 

  

 Ada yang sanggup bunuh tenggiling, ambil kulitnya huhu 


 

Bagaimana pencemaran alam sekitar akan memberi kesan buruk (kepupusan) kepada hidupan liar. 
 
 
 
    
Jom kitar semula. Yang rama2 tu plak dibuat dari cebisan botol mineral. Budak2 ni tak abis2 duk tanya kenapa dinosour tu buat dari botol, kertas, sampah bagai mama?


Fish ha comel sgt ni. Xsangka dibuat dari bahan buangan. Boleh jadikan satu seni kreatif yang menarik. Ada berani letak di dinding rumah anda?Jom kitar semula. Eh mcam2 kut yang boleh kita buat.Alam sekitar


BAHAGIAN ANIMASI

Bahagian Animasi memberikan perasaan untuk mempunyai kuasa besar, keadaan kesan visual yang menjamin setiap pengunjung boleh hidup imaginasi mereka sebagai wira super 5D Interactive World. Masuk je bahagian Animasi ni anak-anak el dah jerit dah bila nampak Gozilla..hahaha. 

 

Gozilla mengamuk di Penang. Menjadi x iols punya lakonan hehe


Dengan superpower yang iols ada, iols akan hapuskan elemen2 jahat di sini eyahhh rasakan kuasa angin iols haha


Yang ni pula memberi mesej supaya kita berhati2 memilih produk kesihatan dan kecantikan. Nanti jd mcm tangan iols tu ha tumbuh bisul, jerawat, nanah bagai..eee ngerinya


BAHAGIAN MAGIK

Di bahagian sini pula anda boleh lihat kesan 5D yang menakjubkan sampaikan iols pun melopong tengok gambar yang dihasilkan hehe. Ini barulah magik kan. hehe


3 master jedi tersohor di dunia. Korang tengok jedi yang biru tu..mcm real je seolah-olah terapung giteww. Igt senang ke nak shoot macam tu heyy


Blogger el tunjuk skill ahli silap mata kat team #pbu..melopong depa haha


Why so serius??

BAHAGIAN ARCA

Di bahagian Arca ni pula memberikan pengunjung pengalaman sebenar di mana anda boleh meluahkan diri anda dengan membuat patung dari 16 inci x 16 inci ke sebesar 8 kaki x 8 kaki dengan mengunakan sama ada tangan, badan ataupun muka.


  



BAHAGIAN TANAH LIAT

Sementara itu, bahagian Tanah Liat adalah tempat di mana kanak-kanak boleh berinteraksi dengan ibu bapa mereka tentang bagaimana untuk membuat karya seni dengan menggunakan tanah liat.Anda juga boleh mencari lebih seronok dan pameran pendidikan di galeri. 



Lawatan ke sini memang seronok kerana anda dapat bergambar dan berposing secara kreatif bersama keluarga dan rakan-rakan seolah-olah anda adalah sebahagian daripada lukisan tersebut.
 


Terima kasih pada 5D Interactive World atas jemputan ini dan terima kasih juga pada blogger Zafirah dan kawannya yang turut memeriahkan lagi review ni
 
Cuti sekolah pun tak lama lagi, takyah tgu cuti sekolah, bila2 pun boleh hehe jangan lupa mai penang singgah sini ye
  
HARGA TIKET 5D INTERACTIVE WORLD

  
ACE 5D GALLERY SDN BHD
29-F, Jalan Dato Keramat
10150 George Town, Penang
Malaysia

Operating Hours:
9 am - 6 pm
Selasa hingga Ahad
( Isnin tutup melainkan cuti umum atau cuti sekolah )
www.ace5d.my

13 ulasan:

  1. jenuh melopong iols tgk aksi uols..terbaek

    BalasPadam
  2. Menariknya el..no wonder dipanggil 5D

    BalasPadam
  3. Menariknya el..no wonder dipanggil 5D

    BalasPadam
  4. dah pnah pi.. not bad la..

    BalasPadam
  5. menarik. sejak dok Selangor ni balik penang pun saya rasa macam dah bukan tempat saya. haha.. padahal membesar kat sana.

    BalasPadam
  6. bestnyaa.... syok tengok semua pakat dok posing

    BalasPadam
  7. blogger El #bb boleh jadi ahli silap mata lah.. huiyooo

    BalasPadam
  8. Wow..bestnya...
    Memang best bwk anak2 ni...

    BalasPadam
  9. WOW!!! Menarik kalau bawa anak-anak nie..
    memang sakanlah berposing..

    BalasPadam
  10. Bahagian arca tu best.

    https://airitanaka.blogspot.my/search/label/hadiah

    BalasPadam