Rabu, 7 September 2016

CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 BAHAGIAN UTARA

CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016
BAHAGIAN UTARA DI ALOR SETAR, KEDAH

3 September yang lalu berlangsungnya Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 untuk Bahagian Utara  di Concourse, AEON BIG Alor Setar, Kedah. Hadiah berjumlah RM144,000 menanti peserta  di 4 peringkat kawasan di Malaysia dengan cabaran terakhir untuk menangi gelaran Raja Kuah Knorr.

 
  Peraduan ini diadakan buat kali pertama dijangka  dapat memberi penghargaan untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia.

Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya masakan kari, kicap dan lemak.

Kini munculnya satu trend pengunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr.

Untuk 2016, Cabaran RKK mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah, kari, kicap dan lemak.

FOUNDER @PROJEKBLOGGERUTARA SEBAGAI JURI JEMPUTAN 


Untuk Cabaran ini, para juri terdiri daripada  Chef Selebriti Mohd Johari Edris (Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger Utara (founder projekbloggerutara) Nor Ariffin Hamzah (lebih dikenali sebagai Cikpinz @CP) akan mengadili cabaran bagi menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Utara mengikut kriteria kebersihan, persembahan dan citarasa.
 
Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 Nov di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang.

Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut menjayakan Cabaran RKK ini.


Pemenang-pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr Bahagian Utara



Winner Cabaran Raja Kuah Knorr 
Daging Purba Kuah Karipoley Knorr


1st Runner Up 
Masak Lemak Udang & Cendawan Sisir Knorr


2nd Place 
Kari Rusuk Lembu Istimewa Ala Knorr Bersama Rias Batang Pisang


Macam serious je perbincangan diorg ni team @projekbloggerutara dan blogger jemputan dengan Chef Jo. Ada big projek kut..nanti jangan lupa tempias kan iols jugak na..


Team @projekbloggerutara dan blogger jemputan Syakira dan Zarul bersama Chef Jo dan Chef Hadzrin

 Terima kasih pihak UFS (Unilever Food Solutions) atas jemputan ini

11 ulasan:

  1. memang sedap masakan pemenang yang dipilih ini.. seronok boleh bersembang dengan Chef Jo tu..

    BalasPadam
  2. tunggu Kak EL pulak bagi kami rasa raja kuah knorr

    BalasPadam
  3. El kalo masuk sure menang.
    Hadiah pertandingan sangat menarik.

    BalasPadam
  4. Wahhhhh seronok nyerrrr siap dpt.jumpa chef joe!

    BalasPadam
  5. untung dapat merasa smbil jadi juri.

    hehehe... nice2 event

    BalasPadam
  6. alahai kalau i p mesti muka i saje yg duk terai makanan tu..sedap2 belaka dgr ceritanya

    BalasPadam
  7. Wahh.. seronok dpt tengok live program cabaran mcm ni... menarik... best :)

    BalasPadam
  8. Macam kenal pulak juri jemputan tu.

    BalasPadam
  9. Bangga aih ada wakil pbu kt situ..hehehe

    BalasPadam
  10. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa dulunya saya ini cuma seorang.
    penjual es kuter kelilin tiap malam. pendapatannya tidak seberapa dan.
    tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat.
    informasi dari teman bahwa MBAH SUJARWO bisa memberikan angka ritual/goib.100% tembus.
    akhirnya saya ikuti 4D nya dan alhamdulillah memanG bener-bener terbukti tembus.
    saya sangat berterimakasih banyak kpd MBAH SUJARWO.atas bantuan MBAH saya sekarang.
    sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka.
    usaha matrial dan butik pakaian muslim.
    Jika anda mau buktikan
    silahkan bergabun sama Mbah Sujarwo
    Di:http://sitogelsgp.blogspot.com Atau { KLIK-DISINI }
    No: tlp.0823-2424-4298
    Saya sudah buktikan benar2 tembus 3x permainan....!!!

    BalasPadam