Selasa, 23 Ogos 2016

RESEPI SUP KAKI AYAM BEREMPAH NOXXA DAN KHASIAT KAKI AYAM

RESEPI SUP 
KAKI AYAM BEREMPAH NOXXA
DAN KHASIAT KAKI AYAM

Sebenarnya iols memang tak makan kaki ayam ni
Kalau beli ayam, kaki tu simpan tuk wat sup
Pas2 buang je..takdak sape yang makan
Iols is tak lalu makan sbb teringat ayam tu cakar2 pasir pijak2 ta...hehehe

Then raya puasa yg lepas, iols adalah pergi beraya rumah kawan baru iols
Ntah caner boleh makan pulak sup kaki ayam dia...sekali haihhh sedap pulak
Nak2 lembut je..sekali masuk mulut dengan tulang2 lunyai hahaha..bertambah2 iols hehe

Sejak dari kejadian tu, iols asik teringat je kaki ayam
Tapi takde masa nak buat
Minggu sudah, maybe dah tak tahan sgt terus pergi Mydin belilah untuk makan sorg adalah dlm RM3

Igtkan nak buat esok..mlm tu gak buat
Iols buat sup kaki ayam berempah pakai noxxa
Ha cepat skit masak..kaki ayam pun empuk

RESEPI SUP KAKI AYAM BEREMPAH NOXXA


Bahan-bahan
Kaki ayam dicuci dengan tepung gandum perap sekejap then cuci dan toskan

1 biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
Halia
(Blend semua)

Rempah 4 sekawan
1 batang serai diketuk
Rempah kurma (4sudu besar)
Rempah sup (3sudu besar)
1 Kiub stok ayam
Ubi
Carrot  
Daun Sup dan bawang
Garam

Cara: Tekan button stir. Tumis bahan blend, serai dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan pes rempah kurma dan sup. Tumis sampai rempah masak. Baru masukkan air. Kemudian masukkan kaki ayam. 
Offkan button stir. Tekan hp 30minit. Setelah 30minit, tekan button stir. Masukkan carrot, ubi dan 1 kiub stok ayam masak sekejap untuk sayur lembut. Perasakan garam. Taburkan hirisan daun bawang dan sup. Siap. 
Nak masak pakai dapur biasa pun boleh :)

Selamat Mencuba


KHASIAT KAKI AYAM

 1) Mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

  2) Bagus untuk kulit kerana kaki ayam  mempunyai kolagen boleh menyebabkan kulit sihat dan kelihatan lebih muda

 






25 ulasan:

  1. Baru beli kaki ayam besar2 ahad lepas..hehehe lom masak lagi...nanti nak masak sup lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Padam
  2. saya kalau kaki ayam memang feveret..

    BalasPadam
  3. halla tak reti makan niiii..macam errr...geli je..err...

    BalasPadam
  4. alamak, ada komen togel2 ni.. spam ni.. jaga2.. hehehe

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. kita geng.. kalau ada mak masak sup kaki ayam, saya x ambik makan ngan nasi. makan nasi macam biasa dulu, lepas tu baru ratah sup lepas makan nasi.. baru feel..

      Padam
  6. kaki ayam, sue pun tak makan. Tapi bila buat sup, sup tu jadi likat, anak2 suka makan.

    BalasPadam
  7. biasa buat sup amik kuah je..kaki ayam ni favourite kakak saya

    BalasPadam
  8. kena gi cari kaki ayam la ni minggu nih..tapi Noxxa takde la pulak..

    BalasPadam
  9. tak makan kaki ayam, sebab gelikan kulit lembik dia.. huhuhu..

    BalasPadam
  10. bila nak kenduri kaki ayam ni..sedapnyer

    BalasPadam
  11. eh ada khasiat rupanya kaki ayam nih ye kak.. hahaha.. tp husna tak suka.. rasa semacam je bila nak mkn.. pikiaq mcm².. tp seronok tgk org yg mkn kaki ayam nih rasa satu kepuasan bg diorg kalau dpt licinkan smpai tggal tulg kecik je.. hahaha

    BalasPadam
  12. ok..leh curi resepi ni msk guna nocca...xdela lama sgt nk merebus

    BalasPadam
  13. Sup kaki ayam ni kalau makan dgn nasi lemak sambal pedas waktu pagi2 pun sedap juga... meletopss! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay, x pernah lagi dengar makan sup dengan nasi lemak.. hehehe

      Padam
  14. sedap sup kaki ayam.. izzat dan kimie pun suka, maunya berebut dengan budak2 tu.. tapi anak2 lebih suka kalau masak tomyam.. kan dia macam pedas2 sikit..

    BalasPadam
  15. EL kak ana tak makan kaki ayam, tapi sup memang feveret, kak ana baru sempat ziarah dan follow El dsini :)

    BalasPadam
  16. nampak sedap kaka el tp tak makan kaki ayam. hahaha

    BalasPadam
  17. nampak sedap kaka el tp tak makan kaki ayam. hahaha

    BalasPadam
  18. kak el rumah ekin selalu banyak stock kaki ayam hahahhaha xmakan pun kadang2 buang gitu

    BalasPadam