Jumaat, 29 Julai 2016

KEMPEN DERMA DARAH 3.0 SELURUH NEGARA ANJURAN MBO CINEMAS

25 PANGGUNG MBO CINEMAS ANJURKAN KEMPEN DERMA DARAH 3.0SELURUH NEGARA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH KEKURANGAN DARAH SEMASA PERAYAAN AIDILFITRI

Projek terkini 2016 usaha amal komuniti tahunan dengan
tujuan menyelamatkan 15,000 nyawa


    Petaling Jaya: MBO Cinemas meneruskan kerjasama tahunan ketiganya dengan St John Ambulans Malaysia sebagai hos kempen derma darah untuk menyumbang kepada Pusat Darah Negara (PDN). Para penganjur menjangka untuk mencapai sasaran 5,000 pain darah di acara ini yang lebih dikenali sebagai Kempen Derma Darah 3.0.

Kempen di 25 lokasi pawagam MBO Cinemas di seluruh negara dari pukul 12 tengahari hingga 6 petang pada 5-6 Ogos di Kedah dan Johor serta 6-7 Ogos untuk lokasi seterusnya, akan menglibatkan kakitangan terlatih dari St John Ambulans Malaysia untuk membantu kakitangan dari PDN.
 
Dengan bulan Puasa dan cuti musim baru-baru ini, adalah tepat masanya untuk kempen derma darah demi memastikan bekalan darah yang mencukupi.
Penderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi menerima penghargaan kerana menikmati beg cenderahati termasuk tiket wayang percuma, barangan merchandis MBO Cinemas, makanan, minuman dan hadiah farmaseutikal dari rakan-rakan mulia kami. 


Bersempena dengan usaha ini, video yang lucu serta penuh makna akan ditayangkan di semua 26 pawagam MBO Cinemas dengan menampilkan pelakon comel Si Taring kembali untuk kali kedua. Walaupun kini lebih dewasa, adegannya menjadi peringatan dan kesedaran dalam tempoh masa beberapa minggu sebelum hari pendermaan dengan tujuan menggalakkan Kempen Derma Darah 3.0 kepada penonton serta mewujudkan semangat dan mengurangkan ketakutan serta fobia  berkaitan menderma darah.

Pada tahun 2015, MBO Cinemas dan St John Ambulans Malaysia bekerjasama dan mengumpul 4,052 pain darah untuk menyelamatkan nyawa yang hampir empat kali ganda koleksi 2014 iaitu 1,065 pain. Di bawah slogan "1 Pain Menyelamatkan 3 Nyawa", pendermaan dua tahun ini menyelamatkan lebih daripada 15,000 nyawa.

En Lim Eng Hee, Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas berkata: "Dengan usaha amal yang menarik ini, MBO Cinemas berharap dapat memperkukuhkan kehadiran kami dalam komuniti serta bersama-sama memupuk nilai-nilai teras yang menyeronokkan dan menghiburkan sambil menggiatkan aktiviti kemasyarakatan yang bermakna.
 "Acara ini akan menjadi satu pendekatan utama untuk membawa rakyat bersama-sama matlamat yang sama dengan semangat menyumbang serta menggalakkan tanggungjawab yang seterusnya menjadikan kita semua insan yang lebih baik.”
 

Sebagai balasan untuk sokongan St John Ambulans yang berterusan, MBO Cinemas akan menderma RM10,000 sebagai tanda penghargaan atas bantuan mereka dalam kempen derma darah di seluruh negara ini.
 Mengenai kempen derma darah, Dato' Yeo Kim Thong, Setiausaha Agung Nasional St John Ambulans Malaysia menyatakan bahawa dia gembira melihat badan korporat seperti MBO Cinemas mengambil peranan aktif dalam pelbagai komuniti dan berharap usaha ini akan memberi inspirasi kepada lebih lagi organisasi untuk tampil ke hadapan dan menyumbang kepada amalan kebajikan, kerana ia bukan sahaja membantu negara secara keseluruhan tetapi juga meningkatkan keyakinan para sukarelawan dari St John Ambulans Malaysia.
                            

        Dr Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara berkata sumbangan seperti bantuan ini menyelamatkan banyak nyawa setiap hari dan peristiwa-peristiwa seperti ini adalah satu kaedah yang baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses derma darah dan merupakan pendekatan yang baik untuk berbakti dan membantu masyarakat.
 
 Sponsors of BDD3.0 all set for championing a great cause!​

Turut hadir pada majlis besama ialah Encik Cheah Chun Wai,  Pengarah Pemasaran & Jualan MBO Cinemas; Cik Mariam Yazmin El-Bacha, Pengarah Operasi MBO Cinemas beserta wakil-wakil dari penaja termasuk Etika Holdings Sdn Bhd, Newvos Sdn Bhd, Sonofax Sdn Bhd, Caring Pharmacy dan jenama seperti Revive dan Goodday Milk, V Plus, Boh, Cadbury, Darlie, Nando’s dan Snekku.

  
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kempen ini boleh pergi ke pawagam MBO yang berdekatan dengan anda
 
KEEP CALM
DONATE BLOOD
SAVE LIVES 

 

7 ulasan:

  1. dah lama x menderma darah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Padam
  2. Lama pula rasanya tak derma darah... last sekali sedar2 dah 2 tahun lepas dah... bagus ada kempen mcm ni.

    BalasPadam
  3. alaaaa ritu dah bagitau dekat somi. dia kata nak pergi. sekali tarikh hari kejadian tak teringat langsung hukhukhuk

    BalasPadam