Sabtu, 25 Jun 2016

RESEPI KUEY TEOW TH'NG

RESEPI KUEY TEOW TH'NG

Mesti ada dikalangan uols tidak tahu menu Kuey Teow Th'ng ni kan
Iols dulu pun tak penah dengar menu Kuey Teow Th'ng ni sampailah iols kahwin 
ngan my hubby.

Rupanya hubby iols ni suka sgt makan Kuey Teow Th'ng
Kuey Teow Th'ng yang dia suka sgt makan dekat Kedai Makan Famous Laksa Janggus 
Balik Pulau tu

Tiap kali datang situ sure order Kuey Teow Th'ng
Kuey Teow Th'ng ni sama je ngan Kuey Teow Sup tapi lebih kepada Chinese Style
Takde pakai rempah2..just sup kosong yang mengunakan rebusan ayam dan sengkuang, fishcat/fishball dan yang penting ada sambal cili dan sedikit minyak bawang putih. 

Jom kita tengok resepi




Resepi Kuey Teow Th'ng
 
  Bahan

- 3 paket kuey teow dicelur sekejap. 


Untuk Sup

  - setengah ekor ayam dipotong kecil
(selalu el buah kuah sup el masukkan kaki ayam or tulang2 ayam. Selalu kalau beli ayam kaki ayam el simpan buat stok tuk buat sup) - 1 inci halia diketuk - 1 sudu besar gula batu - 1 sudu besar sos ikan - 1 sudu teh serbuk lada sulah - 1 biji sengkuang, kupas kulit dan dipotong empat - 1 kiub pati ayam - Garam secukup rasa - Air secukupnya

Cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk, tambahkan air ikut citarasa kita. Kalau nak kuah banyak, lebihkan air.
  2. Rebus sehingga mendidih.
  3. Tambahkan garam secukup rasa.
  4. Tutup api apabila ayam dan sengkuang empuk.
  5. Isi ayam dikeluarkan dan kemudian carik2 
*** sengkuang tak dihidangkan sekali, kegunaannya untuk memaniskan kuah sup je...tapi kalau nak makan jugak pun takpe...

Untuk Chilli Paste

- 1 paket serbuk cili Faiza
- 2 sudu besar air
- 2 sudu besar minyak masak

Cara
  1. Panaskan minyak, masukkan serbuk cili. Kacau dengan cepat sambil ditambahkan air. Kalau lambat tambah air, nanti serbuk cili tu hangit. 
  2. Tapi kalau nak mudah, bancuh serbuk cili dengan air, baru dimasukkan ke dalam minyak panas.
  3. Masak hingga pecah minyak. Siap

Untuk Garlic Oil

- 1 labu bawang putih
- 2 sudu besar minyak masak

Cara
  1. Cincang bawang putih.
  2. Panaskan minyak.
  3. Goreng bawang putih hingga hampir garing.
  4. Pindahkan ke dalam bekas yang sesuai. Minyak yang panas tu akan terus masakkan garlic tu, itu sebab jgn biarkan garlic tu lama di atas api, nanti hangit pulak.

Untuk Hiasan

- sedikit fishball dan fishcake - rebus dan dihiris
-taugeh dan sawi - dicelur dan ditos
- sedikit daun bawang - dihiris halus
- bawang goreng

Cara hias:

Masukkan kuey teow dalam mangkuk
Letakkan fishball/fishcat/ayam yang telah dicarik2 tadi dan taugeh serta sawi
Masukkan kuah sup
Letakkan cili pes dan garlic oi
last tabur daun bawang dan bawang goreng

SELAMAT MENCUBA


19 ulasan:

  1. Pehh... belum dpt buat resepi bihun kung fu dah ada yg ni pulak... lapo2... :D :D

    BalasPadam
  2. el.....meh masakkan untuk zaza heheee :D

    BalasPadam
  3. sedapnyaaa...hujung hujung bulan puasa ni, jadi bosan lak mkn nasi leh try resepi nanti ;)

    BalasPadam
  4. sekali sekala makan ala chinese, best jugak kan.. boleh feeling2 sikitt

    BalasPadam
  5. Sedap nampak, baru dua hari lepas bunda buat kuey teaw sup ala2 bunda...

    BalasPadam
  6. arghhh semua nampak sedap skrg ni.. hahaha

    BalasPadam
  7. nice. pernah nampak org jual, x pernah makan lagi..

    BalasPadam
  8. wahh, nampak sedapp.. boleh cuba nanti..

    BalasPadam
  9. dap nyer El...

    selamat hari raya el
    maaf zahir n batin

    BalasPadam
  10. selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir & batin

    Love,
    Lya Afrina ;-)

    BalasPadam
  11. CT pun first time makan kat laksa janggus.. tapi elok la buat sndiri kak.. dapat kawal msg hahaha..

    BalasPadam
  12. nampak cam senang, nak weekend nak cuba buatlah

    BalasPadam
  13. Senang jer resepinya ye kak el.. Namapak mengancam betul.. First time dengar..

    BalasPadam
  14. bookmark dulu nanti ada mood rajin boleh tengok resepi ini.. :)

    BalasPadam