Jumaat, 24 Jun 2016

RESEPI BIHUN KUNG FU


RESEPI BIHUN KUNG FU

 Bihun Kung Fu ni my kesukaan juga
Kalau p makan kat luar mmg order yang ni
My hubby pun suka juga

Sebelum ni ada el share resepi ketiau kungfu kat SINI
So hari ni nak share resepi bihun kung fu pula


Jom tengok resepi dia OK

Resepi Bihun Kung Fu

Untuk bihun:
Celur bihun bagi lembut dan toskan
Ambil segengam bihun (tuk sorang makan) dan campurkan ngan telur
Kacau2 kedua2 bahan ini
Panaskan minyak, dan gorengkan bihun tersebut
Balik2kan. Goreng sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan

 Bahan2 kuah:
(bahan ni ikut ada apa yg ada dlm dapur je) uols boleh ikut citarasa uols ye
1) Sawi
2) Brokoli/kobis bunga
3) Carrot dipotong pjg2
4) Ayam/seafood
5) Sos tiram
6) Telur 2 biji (tuk lebih dr 2 org mkn)
7) Tepung jagung
8) Serbuk lada hitam
9) Serbuk lada sulah
10) Air
11) Bawang putih dan bawang merah
12) Perasa garam

Cara:
Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dihiris halus. Kemudian masukan ayam/seafood, Agak ayam dah masak masukkan sayuran. Kacau gaul semua dan masukkan air. Kemudian kuah dah mengelegak masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, Gaul sebati dan perasakan garam. Dah kena dengan tekak  boleh masukkan bancuhan tepung jagung. Agak2 dah pekat (jgn pekat sgt) tutup api masukkan telur. Gaul2 bagi telur tu pecah2. 

Kemudian tuang kuah itu tadi ke atas bihun yang digoreng. SIAP

SELAMAT MENCUBA

11 ulasan:

  1. slalu mkn kuehtiaw kung fu tk pernh try bihun kung fu...ingt nk share gk resepi aritu buat kuehtiaw kungfu

    BalasPadam
  2. boleh cuba nanti ni hihihihihihi

    BalasPadam
  3. berkungfu lah ea semalam ??? hik2

    BalasPadam
  4. wahhh.. sakan kak el..
    selalu dgr kuew teow kungfu je.. ni bihun pon main kungfu jgk ye.. hihihi..

    BalasPadam
  5. Saya mmg suka jenis bihun yg masak berkuah2 sup ni... comfirm mmg best bihun kung fu ni... marveles!!

    Tngh tunggu waktu berbuka ni tak sempat nak mintak mem buat ikut resepi ni... esok2 nak request mem buatkan hehee... :) :)

    BalasPadam
  6. Jenuh nak siap ni sebab nak kena berkungfu pulak dah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
  7. sedapnya kak el tapi kalau makan mesti tak habis. kena kongsi. hahaha

    BalasPadam
  8. Sha x pandai makan yang kung fu2 nie.. pernah try beli, tapi x boleh nak masuk.. tengok gambar kak el nie menyelerakan..

    BalasPadam