Selasa, 14 Jun 2016

BUFFET RAMADHAN 2016 OLEH SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA DI SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE

BUFFET RAMADHAN 2016 OLEH 
SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA 
DI SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE
  
Bagi mereka yang ingin berbuka puasa bolehlah menikmati hidangan buffet ramadhan dari Sunway Hotel Seberang Jaya. 

Iftar ramadhan kat Sunway Hotel ni ada dua tempat. 
Sunway Carnival Convention Centre dan Sun Cafe di Hotel Sunway. Harga pun berbeza. 

Buffet Ramadhan di Sunway Carnival Convention Centre, Level 4. Anda akan disajikan hidangan Iftar Ramadhan Terpanjang - Gabungan Masakan Melayu dan Arab dari 7 Jun - 28 Jun, 2016. Kecuali pada 18,19,29-1 Julai bertempat di Sri Cengal Ballroom , Tingkat 1, Sunway Hotel. Lebih dari 200 menu dihidangkan oleh kumpulan Chef-chef yang berpengalaman lebih dari 25 tahun yang diketuai oleh Chef Ismail dan Chef Hamizi. 

Selain itu juga anda boleh memenangi cabutan bertuah dimana hadiah pertama 3H2M di Hotel Sunway Phnom Penh untuk 2 orang termasuk baucer tiket penerbangan bernilai RM1K. Hadiah kedua TV LED 50", Hadiah ketiga Penghawa Dingin dan ada Hadiah Harian dan Mingguan.

Wow menarikkan!! 

 Suasana di Sunway Carnival Convention Centre jam 
5.30 petang


   Signature dish Kambing Golek

 

 Signature dish Almond Raisin Rice with Grilled Fish

  
Nasi Beriani Gam Johor


Pelbagai hidangan lauk pauk Kepah Masak Lemak Bersantan, Telur Dadar Bawang, Hati Ayam Goreng Rempah dan Gulai Kawah


 Ikan Masin Gulai Nenas, Kailan Ikan Masin, Dhalca Sayuran dan Isi Ikan Masak Tiga Rasa


Udang Sambal Petai dan Sotong Goreng Kunyit Ubi Kentang


Pelbagai salad dan kerabu


Pelbagai pencuci mulut dan buah-buahan

 


 Pasembur pun ada

 

Bubur pulut hitam

  
Sup Daging Berempah dan Bubur Lambuk Ikan


Ada beberapa stall yang disediakan untuk hidangan panas-panas dan fresh


Sate


 Kebab


Roti canai


Ikan bakar

  
Rojak Buah Penang


Mee Udang but iols amik campur bihun ngan mee (sedap)


Terima kasih kepada pihak Sunway Hotel Seberang Jaya terutama Ms. Tay Sok Ling yang sudi menjemput kami team Projek Blogger Utara untuk sama-sama memeriahkan iftar ramadhan di Sunway Carnival Convention Centre


Untuk sebarang tempahan dan info lanjut anda boleh lihat banner dibawah ini. 


Untuk setiap hari Selasa dan Khamis, terdapat promosi dimana setiap bayaran penuh untuk 5 orang dewasa percuma 2 kanak-kanak pada hari Selasa manakala percuma 2 orang warga emas pada hari Khamis. Untuk ahli Sunway Pals ada diskaun 20% dan Digi users diskaun 15% T&C. 

Surau dan tandas juga berdekatan dengan dewan tersebut. 

Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari www.facebook.com/SunwayHotelSJ.


15 ulasan:

  1. terliur tengokkkk menunya

    BalasPadam
  2. Tudiaaaaaa kenyang sampai sahur gini gaya. Hahaha !

    BalasPadam
  3. Ya Allah El
    Sedapnya juadah yg disediakan tu
    Bubur pulut hitam pasembur lama nya tk mkn semua tu geremmm giler ni

    BalasPadam
  4. alahai..meriahnya menu...mmg sedap sgt..esp kmbing golek tu...aummm

    salam ramadhan buat el n co,,
    smoga smua sihat2 hendaknya..

    BalasPadam
  5. meriahnya menu dia. salam ramadan buat el

    BalasPadam
  6. amboiii seksi nyer kambinggg !!

    BalasPadam
  7. kalo outstaion penang mmg stay sini..dapnye tgk smua menu

    BalasPadam
  8. Ada sate, kebab dan kambing supermen tu dah cukup buat saya teruja... apatah lagi tambahan lain2 makanan yg ada tu... terbaik!!... :)

    BalasPadam
  9. Kambing golek itu begitu handsome tergolek...

    BalasPadam
  10. nasib tak join.. hahaha. makan sampai puas la jawabnya

    BalasPadam