Jumaat, 6 Mei 2016

DIA SEMANIS HONEY LAKONAN SITI NORDIANA DAN ALIF SATAR

DIA SEMANIS HONEY
 
Tajuk Drama : DRAMA DIA SEMANIS HONEY
Bil Episod : 16
Tarikh Tayangan : 2 Mei 2014
Saluran tayangan : Astro Ria 
Senarai Pelakon : Siti Nordiana, Alif satar , Hairul Azreen ,Ziha Salleh , Hafeez Mikhail ,Nadya Shaher, Lan Kristal .


SINOPSIS: Drama Dia Semanis Honey mengisahkan tentang sebuah pertunangan yang tidak dipersetujui oleh Hani lakonan Siti Nordiana dan Ahnaf lakonan Alif Satar. Ahnaf menerima ditunangkan dengan Hani hanya kerana mentaati permintaan ibu bapanya. Berpunca dari itu, banyak berlaku pertengkaran. Namun dari pertengkaran itu pula hadirnya perasaan cinta antara Ahnaf dan Hani. Ketika Ahnaf bersedia untuk menjadi suami pada Hani, wujud pula satu konflik.


 Kehadiran seorang wanita bernama Ariana menjadi dalang kehancuran impian Ahnaf untuk memulakan kehidupan berumahtangga dengan Hani. Ahnaf membuat keputusan meninggalkan Hani.
Tiga tahun kemudian, Ahnaf muncul semula setelah sekian lama menyepi. Namun seperti ada satu dinding pemisah antara dia dan Hani. Ahnaf ada Bella manakala Hani pula ada Adam (Hairul Azreen).


 Mereka hanya dapat menjadi sahabat tetapi dalam hati masing-masing masih memendam rasa cinta. Adakah pertemuan semula itu akan membawa kepada penyatuan dua hati yang lama terpisah ataupun kerana masing-masing sudah memiliki pasangan yang baru, pertemuan itu akan membawa kepada perpisahan untuk kali yang kedua. Apakah pengakhiran kepada kisah Ahnaf dan Hani? Mampukah keduanya mencipta bahagia bersama atau kekal menjadi sahabat untuk selamanya?


Ahnaf : Hani emas apa paling Indah??
Hani : tak tahu.. mas apa?
Ahnaf : mas khawin yg sy bagi kt awak nanti.. hehehe
Dia Semanis Honey


Sabar Hani.. Adam dtg ni....
Adam tak akan sakitkn Hani mcm Ahnaf sakitkn Hani...
"Apa yg saya nak awak tahu saya akan tetap tunggu awak Hani sampai bila-bila"


 Mana satu pilihan Hani ?? ADAM atau AHNAF??


Selamat Pengantin Baru Ahnaf & Hani. Betul ke mereka kahwin?? Dan mungkinkah mereka akan bahagia??? Atau sebaliknya?? Bella?? Ariana?? Macam mana pulak dgn Adam?? Semuanya menjadi tanda tanya

 Iols baru je layan drama ni semalam terus jatuh chenta ok!!drama yang santai, romantik, giler2 and mmg best sgt. Suka lakonan Alif ngan Nana dalam ni. So sweet hahaha
Episod 4 semalam tiba2 iols teriaq kejap sbb Ahnaf tetiba x jadi kawin dgn Hani..then kuar lagu Memori Berkasih..fuhh mmg tacing derr..huhu




14 ulasan:

  1. Sama la br tgk smlm..best kn tp sian hani xjd kawin

    BalasPadam
  2. ohh ! mesti dari cerita ni si HA ngan AS nyanyi lagu kat Smule untuk Nana...

    BalasPadam
  3. Bunda tengok episod pertama dan kedua jer.. tak sempat nak tengok... best jugak.. pertama kali tengok Siti Nordiana berlakon...

    BalasPadam
  4. Bunda tengok episod pertama dan kedua jer.. tak sempat nak tengok... best jugak.. pertama kali tengok Siti Nordiana berlakon...

    BalasPadam
  5. Pertama kali tengok Siti Nordiana berlakon. Boleh tahan juga dia berlakon :) Disebabkan drama ni, siqah tak sabar nak tahu ending. So nak kena cari novel ni. Huhu. Persoalan, kenapa Ahnaf tinggalkan Hani? :(

    BalasPadam
  6. tengok kat laptop jer.. dapat layan dari episod pertama sampai khamis tu.. tunggu sambungannya malam nih.. hehehe..

    BalasPadam
  7. sementara iols ada kt kampung ni boleh la nak melayan cite ni sikit2 hewhewhew

    BalasPadam
  8. Saya jarang menonton tp klu tanya kebanyakkan org perempuan mesti tengok ni... wife saya pun tengok hehee

    BalasPadam
  9. tak sempat menonton lagi....

    BalasPadam
  10. Duk tgk iklan ja..xdak chance tgk tv sbb tv kena conquer ngn org lain ja

    BalasPadam
  11. xpernah tgk.. sbb start lewat sgt citer ni

    BalasPadam
  12. Xsempat nak layan busy sangat jaga Abe sebulan Hihihihihi

    BalasPadam