Jumaat, 4 Disember 2015

TERSUKA TANPA SENGAJA

TERSUKA TANPA SENGAJA

suka tgk iklan tersuka tanpa sengaja 
haha tumbuk kang!!
x sabaq plak nak tgk drama ni..cam kelakar pun ada hehe 
korang ada tersuka tanpa sengaja kat seseorang x??




SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.
  


Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima. 


 Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.


DRAMA TERSUKA TANPA SENGAJA

Episod : 16 episod
Masa Tayangan : Isnin-Khamis 10malam
Siaran : Astro Ria
Novelis : Pena Kayu
Skrip : Wan Mahani Binti Wan Hassan
Pengarah: Keoi Haji Khalid
Terbitan : Suhan Movies and Trading Sdn Bhd/Idea Kreatif
Pelakon: Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafress Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli dan Faye Kusairi


 
WATAK PELAKON TERSUKA TANPA SENGAJA

Amar Baharin sebagai Doktor Syed Arif
Emma Maembong sebagai Farah
Amyra Rosli sebgai Katrina
Hafreez Adam sebagai Doktor Armand
Natasha Elyzza sebagai Azrina
Kuza sebagai Datin Khalida
Watie Sadali sebagai Kak Naila
Azri Iskandar sebagai Dato Alias
Ajeera Rosli sebagai Linda

keep calm and stay tune!!



12 ulasan:

  1. ohhh ! kalau suka dengan sengaja macam mana pulak?

    BalasPadam
  2. Malam td diorang munxul dalam gegar vaganza..
    pergh!! dasat astro promo drama dia..

    BalasPadam
  3. ohh macam tu jalan ceritanya. pernah la jugak tersuka tanpa sengaja dekat suami kita sekarang. dulu benci sekarang erm erm hahahaha :p

    BalasPadam
  4. wahhh abam amar.. so hensem. hahaha

    BalasPadam
  5. ohhh drama rosyam mesti best punya.. hehehe

    BalasPadam
  6. Memang sedap sangat cerita ini..

    BalasPadam
  7. tersuka tanpa sengaja tgk drama ni...suka tgk

    BalasPadam