Isnin, 14 Disember 2015

SITI NORDIANA JUARA GEGAR VAGANZA 2015


 
Tahniah kepada Juara Gegar Vaganza 2015 Siti Nordiana. Siti Nordiana yang membawa lagu Ziana Zain Putus Terpaksa dan duet bersama Acong dengan lagu Taufik Batishah Awak Kat Mana berjaya memenangi hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan tiket melancong ke Madris, Sepanyol bernilai RM30,000. 


Siti Nordiana juga berjaya merangkul persembahan terbaik pilihan penonton.

Sebelum ini, melalui portal Astro Gempak, Siti Nordiana menyatakan hasratnya untuk menggunakan wang kemenangan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anaknya, Ryyan Nakhaei selain akan mengadakan majlis kesyukuran dan mengembangkan lagi peniagaannya kini.
 

Manakala di tempat kedua, disandang oleh penyanyi Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, trofi berserta pakej percutian ke Beijing bernilai RM15,000.

Tempat ketiga pula, disandang oleh Ezad Lazim yang turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30000, trofi berserta pakej percutian ke Lombok bernilai RM 6000. Berikut merupakan senarai penuh pemenang:

Juara: Siti Nordiana
Naib Juara: Farahdhiya
Ketiga: Ezad Lazim
Keempat: Nassier Wahab
Kelima: Acong Sweetchild
Keenam: Haiza

 
Pentas final yang diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap program ini selain diserikan dengan hos penuh jenaka, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
 
 Bagi pendapat el nyanyian Siti Nordiana malam ni kurang menyengat. Lagu Ziana Zain Putus Terpaksa yang dinyanyikannya tidak begitu 'power' even dia berjaya menyampaikan dengan begitu baik. Untuk lagu Awak Kat Mana..semacam tidak sesuai untuk Siti Nordiana. Tapi at least dapat melakukan sesuatu yang luar dari genre beliau.
 
Tahniah pada Siti Nordiana. Sejak dari mula lagi memang semua pun agak dia yang akan menang. :)

12 ulasan:

  1. Semalam semua finalis macam tak mampu bawa lagu dengan baik. Apa pun Nana Paling Comel..hehehe

    BalasPadam
  2. Tak tgk sbb x de astro apa2 pun tahniah buat nana...

    BalasPadam
  3. Nana paling comel hihihi purple team kan

    BalasPadam
  4. Nana ohsem =) memang dia layak menang..

    BalasPadam
  5. Suka nan menang... Cuma x suka keputusan yang lain.. huhu..

    BalasPadam
  6. Nana memang layak. paling power dia nyanyi lagu Mengapa tu. yg ini kami follow. balik kampung laju2 bukak yg dh record tu hihihihi

    BalasPadam
  7. Assalam el,
    weeewiiittt
    iols sokong nana he3

    BalasPadam
  8. nanananaa banana... lama xdengar lagu nana dgn arwah achik

    BalasPadam