Khamis, 24 Disember 2015

KARI KEPALA IKAN BERASAP-ASAP DI RESTORAN MUTIARA BONDA | TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG REVIEW

Alhamdulilah syukur dengan rezeki dariNYA

Selepas review Butik Malvita Penang, kami meneruskan projek review kami di Restoran Mutiara Bonda Juru Autoworld pula. 

  
Nak tau TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG salah satunya ialah Restoran Mutiara Bonda yang terletak di1797-G-09, Kompleks Autoworld, Jalan Perusahaan, Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang


Uols nak rasa masakan kampung yang awesome bolehlah cuba makan di Restoran Mutiara Bonda ni. Menu yang paling win ialah Kari Kepala Ikan.  

Terkenal dengan masakan Melayu tradisional Kari Kepala Ikan dengan resepi tersendiri dari rempah ratus yang terpilih. Paling best ianya sentiasa dihidangkan panas dan segar. Keenakan yang tersendiri menjadikan masakan- masakan di Restoran Mutiara Bonda ini menjadi popular dan terkenal di Pulau Pinang.

Restoran Mutiara Bonda ini telah pun beroperasi sejak tahun 2010. Kak Azam selaku pengurus Restoran Mutiara Bonda menceritakan pelbagai dugaan dan cabaran untuk membangunkan Restoran Mutiara Bonda sehingga ke hari ini.


Kak Azam cakap nama Bonda tu dapat sebab masakan dimasak style orang tua2/orang dulu2 yang dipanggil ibu/bonda. Tu yang letak nama Restoran Mutiara Bonda. Restoran Mutiara Bonda ini ada 2 team memasak. 1 team tuk masakan kampung dan 1 team tuk masakan ala Thai. Tapi kadang2 Kak Azam pun masuk dapur jugak hehe

Selain makanan kampung, pelanggan juga boleh memesan masakan Thai. Hidangan ala-carte juga disediakan. Ha uols nak tau, setiap hari Jumaat juga Restoran Mutiara Bonda ni menyediakan menu special seperti Nasi Tomato atau Nasi Minyak tapi kadang2 bertukar menunya..nak tau kenalah call dan tanya kan hahaha. 

Jagung pun ado 
 
Restoran Mutiara Bonda dibuka setiap hari kecuali Ahad dari jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam.  Memang waktu tenghari adalah waktu peak hour. Tak menang tangan kak Azam melayan pelanggannya :)

Restoran Mutiara Bonda juga menerima tempahan untuk makan tengah hari, makan malam atau untuk apa-apa jua majlis. Restoran Mutiara Bonda ini juga menyediakan Servis Penghantaran. Uols yang tinggal sekitar Seberang Perai- Perai and Seberang Jaya Zone Seberang Perai- Bukit Mertajam boleh membuat tempahan secara online melalui Restoran Mutiara Bonda Delivery Eat.

Pada hari kejadian, kami team @projekbloggerutara telah dihidangkan dengan set menu yang paling popular di kalangan pelanggan Restoran Mutiara Bonda iaitu Set Bonda yang lengkap untuk 9-10 orang makan. 

  
Tudia haihhhh..iols duk wat entry ni pun tengok duk terliur dah ni haha. Terbaiklah

video

Tepi2 kari kepala ikan berasap2 dah maii..perghhh!!!


 Ikan Siakap 3 Rasa

 
Ayam Goreng Kampung

 

Sotong Goreng Tepung 


Ulaman dan sambal belacan


Telur Bistik dan Kerabu Mangga


Sayur Kailan dan Udang Masak Merah


Hilangkan dahaga ngan Air Asamboi 


After kejadian hahaha bahagianya perut weeee



Sporting abis Kak Azam berpeace yaw gitew!!hehe Terima kasih banyak2 Kak Azam dan semua kakitangan Restoran Mutiara Bonda dengan layanan yang cukup awesome. Kami mendoakan semoga dimurahkan rezeki dan sukses amin.

Alamat Restoran MUTIARA BONDA

1797-G-09, Kompleks Autoworld,
Jalan Perusahaan, Juru Interchange,
13600 Perai,
Pulau Pinang
Tel: 04-502 5677
IG: Restoran Mutiara Bonda



Jangan lupa like fanpage @projekbloggerutara. 
Thanks guys

19 ulasan:

  1. Aduh el!!
    Lapar perit aku el...
    Hukhuk!!
    Lepas ni kalau turun penang nak try lah..
    Tq el rekomen.. Muahciked!

    BalasPadam
  2. Wow...
    Punyala byk gmbr mknn.
    Terliuq..
    Ada delivery lagi tu..
    Terbaik lah..org utagha wajib cuba ok!

    BalasPadam
  3. mengiurkan tengok lauk di atas tu

    BalasPadam
  4. Kari Kepala Ikan yang sedap..nanti kita p lg naa

    BalasPadam
  5. makanan dia ya Allah mouth watering gila ... ^_^

    BalasPadam
  6. Thank you ajak kite dan bagi kite peluang untuk merasai kari kepala ikan berasap... yummeh !

    BalasPadam
  7. perghhhh memang puas hati.. kahkah
    geng makan p oversea kalau tak boleh makan selalu kt sini.

    awat kami xdpt gambaq last tu.. macam awek james bond

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam uols,
      gigih ahkak scrol naek ateh balik nak nengok adik maneh aweks jame bond :P he3

      Padam
    2. hahahaha.. ni yg sayam k.sha selalu
      aweks jebon klon boleh la. hidung kembang kot :P

      Padam
  8. Memang nampak pun berasap2 rasa mata dan tekak... nampak sedap sangat dengan platingnyer yang menggoda selera..

    BalasPadam
  9. aummm sangat tengok lauk pauk diaaaa

    BalasPadam
  10. wah3...memang best sokmo tengok gamba makanan, dulu penah plan nak g penang semata2 nak jalan2 cari makan...

    BalasPadam
  11. Assalam el,
    tidaaaaaaaaaaaakk
    video itu sunggu melampau tau3
    ok bye

    BalasPadam
  12. Pergh!!! Ohsem sangat menu-menunya...

    BalasPadam