Sabtu, 5 Disember 2015

GAMBAR ANAK FOUZIAH GOUS

    
Alahaiii comeynye diaaa..bestnye cium bau baby..bau shurga
baby mama skrg bau mashammm bucukk sedap je haha

Tahniah kepada Fouziah Gous dan juga suami kerana baru-baru ini telah menimang cahaya mata sulung mereka. Melalui perkongsian mereka di laman Instagram semalam, Fouziah Gous memberitahu bahawa nama anaknya ialah Muhammad Zeeshan yang bermaksud – kekuatan dan yang terhebat. 


“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru selesai bertahnik untuk @zhafoujr. Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran. Dilahirkan pada 26 November 2015, jam 11.37 pagi di DEMC Specialist Hospital. Zeeshan yang bermaksud Kekuatan / yang Terhebat – nama pilihan kami,” jelas Fouzish Gous di Instagram.

Selain itu, pelakon dan pengacara ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan juga orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat mereka sekeluagra. 

Peminat juga dilihat berkongsi kegembiraan apabila Fouziah Gous mula berkongsi gambar anak mereka yang comel itu. Semoga keluarga Fouziah Gous akan terus dilimpahi bahagia dan juga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan. (rtky/s)

 

13 ulasan:

  1. comelnyaaa kak el. ermmm teringin

    BalasPadam
  2. bau masaham pun hokey jugak kak.. sedap jugak ! hehehe

    Muka FG ada seri ibu..

    BalasPadam
  3. Comel baby dia..
    Kak El.. sha tagged akak kat sini..
    http://kasihkuamani.blogspot.com/2015/12/liebster-award.html

    BalasPadam
  4. comel!!!! suka jugak bau masam dorang tu. bau syurga. uwais sekarang takde dah bau tu. hihihihi

    BalasPadam
  5. Comel baby bila la dapat rasa nk mengandung dan ada baby sendiri..

    BalasPadam
  6. tetap lawa dia ni.. anak pun omey =)

    BalasPadam
  7. Assalam EL,
    macam anak omputeh keeeennn

    BalasPadam
  8. semua artis dh ada anak.. comel2

    BalasPadam