Isnin, 2 November 2015

WATER BALL DI TAMAN TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR

WATER BALL DI TAMAN TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR

Hari Raya Haji yang lepas kami sekeluarga beraya di Kuala Lumpur. Lepas beraya, kami jalan-jalan pusing-pusing Kuala Lumpur. Sekali lalu tepi Taman Tasik Titiwangsa. Singgah sekejap. Tengok-tengok ada mainan Water Ball.  

Tanya si abang nak main ke?Dia tak tanya pun dah siap cakap, mama nak main..nak main. Adik dia Arwen pun nak jugak

Harga untuk 20 minit RM15


So, mula-mula Arwen terkinja-kinja nak masuk dalam water ball. Sekali dia dah masuk, petugas sudah mula mengepam angin terus Arwen menjerit dan menangis suruh buka water ball tu. Aduhaiiiiii kelakar pula bila ingat balik. Nasib babah temankan abang Ahmad.
 

Abang Ahmad peluk kaki babah. Memang bising bunyi pam itu. Sebab bunyi kuat sangat, Arwen jadi takut. 


Ok ball sudah hampir diisi gas
 

Ha ok ready kena campak dalam tasik
 

Petugas tu tolak water ball ke arah tasik. Kedebuk jatuh hahaha


Berguling, berlari menindihlah dua beranak tu hahaha 

 

 Tak sampai 20 minit, babah suruh petugas tarik bawa naik water ball. Tak tahan duduk lama-lama dalam tu katanya hehe

9 ulasan:

  1. hah tk smp 20 minit ye hehe..riso jugak kn tiba2 bola tu bocor ke...kiranye 1 ball tu rm 15 bkn ikut brp org naik la ek

    BalasPadam
  2. hehehehe seronok kot tgk biler org masuk dlm tu!

    BalasPadam
  3. hahaha.. teringin lama dah benda ni...

    BalasPadam
  4. teringin juga, tapi tak rasa lemas ke duduk dlm bola tu?

    BalasPadam
  5. Kalau sha nie.. memang xla.. Dahla takut air.. mau meraung-raung dalam bola tu nanti.. hehehe

    BalasPadam
  6. syoknya tengok.. tapi tu laa mesti rasa macam apa kan dok dalam tu..

    BalasPadam