Isnin, 9 November 2015

TUAN ANAS MIKAEL drama terbaru Astro Ria

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael. Sebuah drama adaptasi novel Tuan Anas Mikael bakal ditayangkan di saluran Astro Ria bermula malam ini 9hb November jam 10 malam nanti.

Diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, Drama Tuan Anas Mikael akan dibintangi oleh Aaron Aziz dan Zara Zya. Drama terbitan Pena Creative Pictures ini turut dijayakan oleh Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emelia, Sarah Anne dan Fazlina Ahmad Daud.

Drama Tuan Anas Mikael mengisahkan tentang Tuan Anas Mikael yang telah diberikan tempoh tiga bulan oleh Puan Sri Tengku Anansa untuk mencari seorang wanita yang sempurna. Jika tidak, dia akan disatukan dengan calon pilihan Puan Sri, iaitu Safra Ariana yang merupakan cucu kepda Tun Akhiruddin.

Selepas dua bulan berlalu, Tuan Anas Mikael gagal mencari seorang yang sempurna. Dia kemudian membuat perancangan menjadikan Ayu Maisarah yang merupakan anak tukang cuci di rumahnya sebagai calon pilihan. Ayu terpaksa menjalani pelbagai latihan persiapan diri tanpa mengetahui tujuan sebenar Tuan Anas Mikael. Ayu Maisarah sekadar menurut kerana menyangkakan Tuan Anas Mikael ingin memilihnya sebagai pengurus projek di Krabi.

Dalam masa yang sama, Tuan Anas Mikael tidak mengetahui bahawa Ayu Maisarah sebenarnya menyimpan satu rahsia besar dan bersetuju dengan penyamaran tersebut kerana tidak mahu rahsia itu terbongkar.

Dalam tempoh penyamaran sebagai kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh hati. Namun Ayu Maisarah tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali, jadi rasa cintanya itu tidak pernah diluahkan pada Tuan Anas Mikael.

Satu hari ketika di Krabi, Tuan Anas Mikael sendiri yang meluahkan rasa cintanya kepada Ayu. Tetapi Ayu menolak.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Jangan lupa saksikan kisah penuh rgahsia dalam Drama Tuan Anas Mikael pada malam ini bermula 9haribulan November jam 10 malam hanya di Saluran Astro Ria.







Even x minat aaron aziz tp mcm best je drama ni...kita layan dulu tgk mcm mn ok hihi

16 ulasan:

  1. mcm best ja.... tapi xberkesempatan nk tgk la..xda astro...huhu

    BalasPadam
  2. Nani tengok jugak semalam. Hahaha. Best2 :D

    BalasPadam
  3. Ramai pelakon baru sekarang.. banyak yang tak kenal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni pelakon lama lah zaf aiyakkk zaf kurang tgk tv kut miamiamiamorrrr haha

      Padam
  4. Dah takde astro tak tahusgt la bab cter melayu nih..

    BalasPadam
  5. ala tak tgk citer melayu la pulak...kekeke..

    BalasPadam
  6. dah lamo x layan drama bersiri ni..sejak jd mak2 ni..huhuhu

    BalasPadam
  7. Xsempat nak layan lagi sibuk adahal sikit waktu tu

    BalasPadam
  8. sana sini citer pasal Tuan Anas ehehe.. rupanya AA ke..
    tak tengok TV la tatau.. ehehe.. tapi tak minat AA gak so tak apalah..

    BalasPadam
  9. alah xdpt tengok lg.. rindu nk tgk aaron dgn zara berlakon

    BalasPadam
  10. Macam nak kena cari novel dia jer..
    Sha pun x minat aaron aziz nie.. hehehe..

    BalasPadam
  11. macam best ja.. tapi malangnya tak ada astro..

    BalasPadam
  12. nampak mcm best lah pulak tp xdak masa nk tgk

    BalasPadam