Jumaat, 6 November 2015

RESEPI NASI BUTTER DAN AYAM BLACK PEPPER NOXXA


Lama dah tak share resepi kat blog
So hari ni el nak share resepi NASI BUTTER dan AYAM BLACK PEPPER
memang sedap nasi butter ni makan pulak ngan ayam black pepper mmg terangkat abisss upsss masuk bakul sendiri..hahah mmg sedap x tipu nasi butter ni weiiiiiiiii 

#throwback
 Balik keje semalam tak tau nak masak apa
Fikir punya fikir nak masak yang paling cepat
Anak-anak memang hantu nasi dan hantu ayam ekekeke

So fikir punya fikir teringat ada sahabat share resepi Nasi Butter
Dok tanya dalam wasap "her nak resepi nasi butter" balasan sendu tiada balasan haha
Sahabat yang lain balas "wife dia buat hal lah" erkkk wife???ooo wifi..biasalah tu kalau tiada typo bukan orang namanya ekeke 

Ok jom kita tengok resepi

RESEPI NASI BUTTER 
ada 2 version with NOXXA or periuk biasa


RESEPI NASI BUTTER NOXXA
resepi herda
 derhaka sikit2 je tengok apa yg ada kat dapur

Bahan-bahan

Bawang merah
Bawang putih
Halia 
(Semua dipotong halus)
Kiub ayam
Butter
Daun pandan
Garam
Air (agak2 boleh lepas 1 1/2 tangkuk jari tengah)
Beras secukupnya

Cara: 

El pakai pressure cooker Noxxa so 7 minit dah masak. Caranya tekan butang stir fry. Masukkan butter. Butter dah cair masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Dah keperangan off butang stir fry masukkan beras yang telah dibasuh. Gaul sebati baru masukkan air, kiub ayam dan perasakan. Tutup periuk dan pusingkan tombol ke arah pressure dan tekan butang high pressure (hp) selama 7 minit)

Cara kedua guna rice cooker: Masukkan butter dalam kuali. Tumis hirisan bawang dan daun pandan hingga naik bau. Kemudian masukkan tumisan tadi ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibasuh. Gaul sebati masukkan air dan kiub ayam. Perasakan. Masak macam biasa


RESEPI AYAM BLACK PEPPER NOXXA


Bahan-bahan

Ayam yang telah direbus sekejap
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk lada hitam
Kiub ayam
Sos lada hitam
Gula
Sos tiram
Air
(Blend semua)
Olive oil/Minyak masak
Madu 
Oregano/Mix herbs/atau apa2 herbs

Cara:

Oven: Semua bahan diatas dilumur pada ayam. 
Perap ikut suka. Lagi lama lagi bagus. El perap sejam je
Bakar dalam oven selama 1jam dengan suhu 180darjah. 
Seram air perapan ketika 1/2 jam. Sudah nampak kegaringan boleh off oven. Tengok kesesuaian oven masing2.

Cara Noxxa: Masukkan ayam dalam periuk noxxa
Tekan butang high pressure 30minit.  
Release tombol ke arah steam pastu tekan butang stir fry ayam tu garing sikit ok.


http://ho.lazada.com.my/SHE7Jb
Uols yg tercari2 pressure cooker boleh try tgk periuk ni kat Lazada..tengah offer.
Boleh klik pada gambar atas atau SINI


el masak nasi butter tu banyak tuk bw bekal anak sekolah esoknya..x sangka lak kwn anak suka plak nasi butter el ngan ayam black pepper tu sampai mintak resepi..hihi
korang cuba tau nasi butter ni..mkn ngan ayam black pepper ke ayam masak merah, daging masak hitam..sambal ikan bilis pun sodap fuhyoooooo lapaq pulak hahaha

18 ulasan:

  1. amboiiii semua dah bernoxxa..aku je belum lagi nie!

    BalasPadam
  2. Wah boleh akak cuba ni el..
    Dah ada idea apa nak masak ptg ni :D

    BalasPadam
  3. nsbla mak yui xtau psal noxxa..hahahah

    BalasPadam
  4. wow..mula2 td terliur kat nasi butter tu..tp bila dah scroll kat bwh terliur yang lain plok..adusss

    BalasPadam
  5. Untung ada noxxa semua kerja siap cepat.

    BalasPadam
  6. Wah.. nie nasi butter jenis tumis2 eh.. mesti lagi sedap..
    Insya Allah akan gagahkan diri untuk mencuba.. hehehe

    BalasPadam
  7. eii sedapnya..tertelan liur :)

    BalasPadam
  8. Awat la tertengok mlm2 buta ni...
    Adusss

    BalasPadam
  9. adoiii lapar pula tengok...tapi memang murah kan?

    BalasPadam
  10. Terliur.. terliur.. terliur..

    Noxxa dah ada.. nanti sat, nak cari masa... hahaha

    BalasPadam
  11. Sedapnya nasi butter.. Boleh cuba buat tukar selera

    BalasPadam
  12. iols nak keep link ni.. balik bangi nak buat.. tapi ayam blackpaper kena tukar..
    sebab anak2 buah tak makan blackpaper..

    BalasPadam
  13. meleleh ailio lagiiiii hahahahaha. memang nampak sedap. nak try buat la balik keja jap lg. periuk noxxa tu memang teringinnnnnnn sangat

    BalasPadam
  14. wah cepat sungguh guna periuk noxxa tuh..

    BalasPadam