Sabtu, 24 Oktober 2015

BR1M 2016 NAIK

BR1M 2016 NAIK

 

Menyedari kesusahan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan serdehana, kerajaan komited membantu dengan menyediakan bantuan kewangan BR1M (bantuan rakyat 1malaysia) tahun 2016

Perdana Menteri hari ini semasa pembentangan bajet 2016 telah mengumumkan berita baik kepada semua penerima BR1M. BR1M yang bakal membuka permohonannya telah diperbaharui dengan jumlah yang lebih tinggi.

KADAR BAYARAN BR1M MENGIKUT PENDAPATAN ISIRUMAH

Kerajaan menaikkan bayaran BR1M dari RM950 kepada RM1000 untuk kategori keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah. 

Kategori yang berpendapatan sederhana RM3001 sehingga RM4000 sebulan menerima lonjakkan penambahan yang tertinggi iaitu dari RM450 ke RM800. 

KADAR BAYARAN BR1M KATEGORI BUJANG

Manakala BR1M untuk bujang 2016 diteruskan dengan peningkatan RM50, iaitu RM400 seorang kepada orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan tidak melebihi  RM2000 sebulan. 

KADAR BAYARAN INSURANS TAKAFUL
 
“Sementara itu, kerajaan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) dengan Skim Khairat Kematian bagi melayakkan waris penerima BR1M menerima RM1,000 sekiranya berlaku kematian,” kata laporan bajet 2016 


Selain kategori di atas, kerajaan menambahkan lagi satu kategori baru tahun depan. Kategori ini memerlukan nama pemohon berada dalam senarai e-kasih. Mereka ini yang berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan akan diberi bantuan BR1M setinggi RM1050. 

Peruntukan wang sebanyak RM5.9 billion bakal untuk BR1M. Perdana Menteri berharap penerima berterima kasih meskipun ramai yang tidak setuju bantuan rakyat 1malaysia diteruskan tahun depan. 

“‎Saya tahu ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak harus diteruskan, namun melalui maklum balas yang diterima, ramai lagi yang sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan” – Najib Razak 

Setakat bulan Ogos tahun ini, BR1M telah memberi bantuan terhadap 4.7 million isi rumah and 2.7 million individu. 

Berhubung dengan cara pembayaran BR1M 2016, maklumat yang muktamad masih tidak jelas. Namun kemungkinan besar BR1M 2016 akan dibayar 3 kali setahun seperti yang telah dilaksanakan tahun 2015. Sekiranya perlaksanaan ditetapkan sebegitu, dipercayai 


KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2016 akan dibuka pada hujung tahun iaitu bulan Disember nanti.

sumber 

11 ulasan:

  1. kita tunggu tengok keberkesanan bajet 2016 nie nanti..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. BR1M, bg sy macam tak telus..kita tunggu dan lihat mcm mn penambah baikkan nya..

    BalasPadam
  3. cakap banyak pun x guna..buat sakit hati je kak el...

    BalasPadam
  4. Moga BR1M 2016 lebih telus dan membantu mereka yang sepatutnya

    BalasPadam
  5. Brim ni byk buruk dr baik!
    Heeeehhh
    Tp mcm biasa la...suara kita sapa yang nak dengaq kan

    BalasPadam
  6. Thn ni dpt blik BR1M,huhuu.... Cikna peliklah mmbr dh kawin gji dia 2k gaji istri 3k tp dia masih dpt BR1M(bujang), agak2 telus x LHDN wat keje...

    BalasPadam
  7. Tahun ni xleh nak buat bujang dah hihihi.. Abg kemaskini bahagi.dua..

    BalasPadam
  8. ishh boleh apply ke berasingan untuk tahun depan?

    BalasPadam
  9. kerajaan boleh pecaya ka.. hahah

    BalasPadam