Rabu, 12 Ogos 2015

PETUA ELAKKAN MASAKAN MELEKAT PADA KUALI


PETUA ELAKKAN MASAKAN MELEKAT PADA KUALI

Silalah cuba mana-mana cara berikut :

1. Garam :
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng samaada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.

2. Asam gelugur :
Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.

3. Sedikit minyak dan goreng asam jawa
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.

4. Bawang putih :
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tak lekat. Cuba la.

5. Cuka atau limau nipis :
Perapkan dgn sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.

Selamat mencuba

kredit to Rahsia Hawa

22 ulasan:

  1. wah boleh cuba ni, petua yang selalu i is pakai adalah tunggu minyak betul-betul panas baru menggoreng... tapi kekadang tu melekat jugak...thanks for sharing kak el...

    BalasPadam
  2. Memang sangat berguna info nie ^-^

    BalasPadam
  3. info yang sgr berguna..tp akak kat umah jarang goreng ikan..kalau goreng pon akan guna kuali non stick..hihihi

    BalasPadam
  4. Boleh cuba nanti, setakat ni hanya goreng bila minyak betul betul panas, dia x melekat...

    BalasPadam
  5. selalu asam gelugor tu.. tmbh2 kalau grg ikan keli =)

    BalasPadam
  6. boleh try ni petua ..tak pernah try.. hehe.. memg selalu jugak kalau goreng ikan melekat..

    BalasPadam
  7. Assalam El,
    waaaaaaaaaaaaa
    nak try laaaaa :)

    BalasPadam
  8. ohhh.. maseh2.. boleh cuba ni.. heee

    BalasPadam
  9. terbaik la...
    tq for sharing el

    BalasPadam
  10. boleh dipraktikkan.. hehehe.. maceh kongsi tips =D

    BalasPadam
  11. boleh cuba balik kejap lagi. selalu stress kalau ikan melekat. tak cantik kejadiannya

    BalasPadam
  12. Bagus info boleh cuba nanti ni

    BalasPadam
  13. info yg menarikk.. boleh cubaa

    BalasPadam
  14. owh.. ada rupanya cara xnk bg makanan melekat kita menggoreng ye.. thanks el share petua nie..

    BalasPadam