Selasa, 19 Mei 2015

DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA | SLOT AKASIA

 
 (aiman hakim x jeles ke tgk ni hehe)

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (lakonan Fathia Latiff) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. 


Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat sendiri dengan apa cara sekali pun.


 Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya.



 
Mahu tahu siapa yang menjadi suami sementara kepada Dewi, haruslah anda mula menonton drama ini yang ke udara setiap Isnin hingga Khamis bermula 6.55 petang di TV3. Jom! 

 Dia Isteri Luar Biasa membariskan watak utama yang dijayakan Shukri Yahaya dan juga Fathia Latiff selain dibantu oleh Keith Foo, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.

kredit #rotikaya


nota noti: lama x tgk drama2 ni..sibuk ngan anak2..lg2 Arwen perlukan lebih perhatian..alhamdulilah so far dia leh dah baca suku kata 

12 ulasan:

  1. macam mengarut je..ada juga manusia macam ni..tak hairanlah dunia kita ni makin pelik-pelik

    BalasPadam
  2. Macam best jer.. eh I dulu pernah cakap kat my mom yang I nak anak tapi tak nak husband hihihii. Tapi my mom cool jer cakap alaaaa.. kawen jer la... nnt mesti ok punya.

    BalasPadam
  3. salah satu cerita yang bakal I is follow ni uolss....

    BalasPadam
  4. msih terigt kt kuril hihi sat2 gi dh 10 episode ke bru nk layan ;p

    BalasPadam
  5. entahler cerita melayu sekarangni cam nak lebih kurangjer.. takder yang luaar biasa... entahler tapi tengok jugaler...

    BalasPadam
  6. dah lama tak ikuti slot akasia ni kerana waktunya tak berapa sesuai.. terkejar-kejar nak maghrib pula... kalau tengok pun, fai tengok kat tonton je..

    BalasPadam
  7. astro kena potong.. tv2 saja available.. nasib baik mmg bukan kaki slot akasia, kalau tak.. haha.. ^_^

    salam kenal dari blog diaridandelion

    BalasPadam
  8. Assalam El,
    ooooooooo
    ada ceghita baru lagi yer he3

    BalasPadam
  9. dengar cite drama ni dah kene potong? betul kee..

    BalasPadam
  10. memang best lahhh !! syukri melting

    BalasPadam