Rabu, 15 Oktober 2014

RESEPI MEE KETAM

kt penang ni ada satu gerai kat area pantai seagate tu jual mee ketamlah mee udang lah nasi goreng udanglah nasi goreng ketam lah semua harga RM5..ada kwn2 dah mencuba tapi
weols nk pi pun xde masa..bukannya jauh sgt..tp tulah weols laki bini ni keje masa xsama

so teringin sgt nk mkn mee ketam kat situ..iols pun try test masak mee ketam smlm as our dinner ngeh3x

pagi semalam b4 g keje..rempit kejap beli ketam 3 ekor RM15 

lain2 bahan semua dah ada stok ok dah jimat disitu hehe

Resepi Mee Ketam (tuk 3ekor)

Bahan-bahan:

3 ekor ketam (dibasuh dan diperap sekejap ngan air perahan limau) Kemudian rebus sekejap dan toskan. Air rebusan tadi jangan dibuang.

Mee dibasuh dan dicelur sekejap toskan (ketepikan)

Sawi
Karot (dipotong nipis n pjg2)
1 kiub ayam
2 biji telur
3sudu besar sos cili
3sudu besar sos tomato
2sudu besar kicap (el pakai kicap kipas udang je)
3sudu besar tomato sup
Garam

Bahan untuk dikisar
1bwg besar
3ulas bwg putih
3btg cili merah

(bahan2 ni iols main agak2 jelah..lau nak try uols pun agak2lah rasa dia nti hehe)


Cara:
Tumis bahan yg diblend sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan tomato sup. Masak sekejap. Kemudian masukkan air rebusan ketam dan kiub ayam. Kuah sudah mendidih masukkan sawi dan karot. Agak2 dlm 5minit gitu masukkan ketam tadi n garam. Agak2 rasa dah cukup..pecahkan telur then gaul rata..tutup api. 

Boleh dituangkan ke dalam mee. Taburkan sedikit hirisan bwg goreng dan daun bwg/sup



 Kejadian semalam..mengoda tak ngeh3x


So ape lagi uols trylah test masak mee ketam pulak..rasanya sedap nyum3x
Resepi ni boleh try tuk masak Mee Udang plak






14 ulasan:

  1. kecuq air liuq tengok resepi ni...mmg super sedaplah mee ketam ni..

    BalasPadam
  2. mmg menggoda la...eh mahai gak ketam tu ek

    BalasPadam
  3. tak boleh tahan tengok ketam2 tu..

    BalasPadam
  4. Assalam EL,

    WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...tak tahan sob3
    nak jugak sob3

    BalasPadam
  5. AAAA BOLEH MENANGESSS TENGOK GAMBAR NI!!!


    BTW SAYA ADA MENJUAL KHAT KUFI, INSHAALLAH DGN HARGA MAMPU MILIK. JEMPUT SINGGAH. - SALAM UKHWAH :)

    BalasPadam
  6. el kalau memasak..harus akak tergoda..nasib jauh..klu sebelah umah dah datang dah..hihi:)

    BalasPadam
  7. mung sajo jer kang... buat kawe terliur hahahaa. ketam oh ketam kenapa kau sedap sagnat, tapi leceh nak makan dia ngan anak kecik ni, kagn ketam ke mana, tipah ke mangkuk.

    BalasPadam
  8. kak el kenapa sedap sangat..
    huwaaaa terkeliur tekak ni...

    BalasPadam
  9. Pagi2 ni bunda BW rata2 update makanan sedap2...

    BalasPadam
  10. tuuudiaaaa rajin gila masak mee ketam...ekekeke telan ayaq liuq jala org pantang nih

    BalasPadam
  11. menggoda giler ! takper, mnggu dpn balik kg nak amik ayah balik haji, nk repeat pegi kedai mee udang sri jerjak lagi la, nk try mee ketam dia lak ;)

    BalasPadam
  12. timakasih, akak amek resepi ni ye, el

    BalasPadam