Sabtu, 11 Oktober 2014

KARI KETAM NENAS TUMIS DARAT

sejak ada baby kecik ni
semua masak awal2 seawal pas subuh
last baby nyusu pg tu terus berzumba masak ok
sbb nti siang boleh rehat or wat keje lain pulak

so pagi td kul 4 lebih gitu ariqa ajok sembang
mayb dia masih selsema n hidung tersumbat n batuk lagi
so pg tu dia xdelah merengek2 cuma npk dia dah mula nak sembang

last2 mama suh dia sembang ngan tv..mama curik2 masak kat dapur
tgh2 masak tu ariqa galak sgt sembang..igtkan dia ngis hahahaha
rupanya tengah ngekek sorg2 haha



dan inilah kejadian terhasil ekekeke

kari ketam nenas tumis darat

ok ok yg bhn2 tu semua iols dah siap2 mlm2..letak lam peti ais..cuma pagi tadi masak je...gigih x iols..gigih sgt kan

Menu ni org utara mmg sukalah..iols pun tau menu ni pas kawin..mil sllu masak tumis2 darat ni..sllu masak tumis darat pisanglah..udanglah..ketamlah..lobak putihlah..mil masak sedap sgt..:) 

  
ni pulak masak bucuk masam haha..ajok sembang pagi2 adoyaiii..nasib pas masak terus tido

Resepi Kari Ketam Nenas Tumis Darat

Bahan-bahannya:
5 ekor ketam merah (anggaran 11/2 kilo) – seekor dikerat dua
Nanas masak dikupas, dan dipotong nipis 1/4 bahagian daripada sebiji nanas
11/2  cawan santan pekat + 3 cawan air
1 keping asam gelugor
4 – 5 biji tomato kecil (baby tomato) dibelah dua
2 biji cili hijau – dibelah di tengah tetapi tidak putus
1 batang serai - dititik
Garam dan gula perang secukup rasa


Bahan-bahan Pes (disatukan di dalam blender basah dan dikisar halus):
5 sudu besar rempah kari ikan & udang pedas BABAS
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya


Bahan-bahan Tumis Darat:
1 sudu besar jintan manis
4 biji bawang merah (kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai daun kari
1 inci halia – dihiris mancis
Minyak secukupnya


Cara-cara Membuatnya:
1. Buang kulit ketam dan kerat hujung kaki-kaki kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti.  Gaul dengan beberapa biji limau kasturi dan garam dan perapkan selama 1 minit. Kemudian dibasuh bersih dan toskan.

2. Masukkan ketam, pes rempah, dan serai di dalam periuk. Tambahkan air secukupnya (anggaran) dan masak sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan nanas dan santan. Masukkan garam, gula, dan asam gelugor dan kacau rata. Biarkan kuah mendidih di atas dapur atau hingga ketam masak. Rasa dan jika ok boleh tutup api. Masukkan buah tomato dan cili hijau. Ketepikan.


Cara Tumis Darat:
Panaskan minyak (anggaran 1 senduk nasi) di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis darat sehingga kekuningan dan naik bau. Semasa bahan-bahan tumis masih panas tuangkannya di dalam periuk ketam tadi, dan tutup periuk untuk mengelakkan hilangnya aroma wangi tumisan.




15 ulasan:

  1. Terus terliur...sabar jer la....

    BalasPadam
  2. ooo macam tu tumis darat tu ye..tumis asing..boleh cuba resepi ni..malam tadi gi pasar tengok ketam comel jek sekilo rm10..alahai...

    BalasPadam
  3. 1st time dgr tumis darat ;) sy dah takleh mkn seafood allergic terok! >_< menci tau

    BalasPadam
  4. Tumis darat ni sue belajar dr atok sue. Masakan mcm ni sedap sgt sbb aroma bau masakan tu perghh sedap giler.

    BalasPadam
  5. membuka selera.. gulai pisang pun sedap tumis darat.

    BalasPadam
  6. sedapnya..isteri mithali..masih sempat masak walau ada baby..mama selalu je miss masak..sibuk layan dayyan.. :P

    BalasPadam
  7. Ni favourite anak wa :-)... comelnya dia.. pakai baju polkadot gitu...

    BalasPadam
  8. ketam..fav akak...masak apapon semua makan...sedapnya...:)
    geram tengok baby Ariqa tu...rasa nak peluk2 dia..:)

    BalasPadam
  9. wow kak el.. sedappp sangat nampak ketam tu, saya pon dah lama xbersantap dengan ketam ni.. baby kak el kuat menyembang cam kak el jugak la huhu

    BalasPadam
  10. Masak kari kerang campur ubi keledek tumis darat pun sedap jugak...cer try..

    BalasPadam
  11. Assalam el,
    OOOhhhhhhhh tidaaaakkkkk KEEEETAAAAMMMM

    BalasPadam
  12. alamak..sedap ye ketam..lama tak makan ketam
    ni plak resepi tak penah tahu..boleh cuba ni

    :)

    BalasPadam
  13. Wow,ketam! I like..menu favourite saya ni..hehe

    BalasPadam
  14. My peberet ugak ni apa2 masakan yg melibatkan ketam ;)

    BalasPadam
  15. alahai..ketam lg ! kak el ni mggoda sungguh la ;)

    BalasPadam