Khamis, 18 September 2014

RESEPI NASI DAGING


Dah lama nak wat nasi daging ni..ahad lepas gigih masak nasi daging ni..rupanya nak buat nasi daging ni senang melampau hahaha

bila makan ngan air asam tu melampau2 sedapnya

so iols masak jugak dalca daging+sayur tu..sbb anak2 nk mkn yg berkuah

masak nasi daging ni selepas nyusu ariqa pukul 6++pagi ok
sbb pagi2 ariqa suka tido lama 3-4jam..so ms ni lah iols laju2 buat ape yg ptt..so dlm kul 8 cam tu dah siap semua..lega iols..boleh lah iols sambung tido n rehat main2 ngan anak2 hehehe 

dan jugak wat cucur ikan bilis as bfast...biasalah anak2 iols tu pagi2 dah ckp
"mama..saya lapo..mama saya lapo" ishhh trauma ok hahaha

 RESEPI NASI DAGING

Bahan-bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair

3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa
Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato dipotong dadu
 2 biji bawang besar dipotong dadu
2 inci belacan

10 cili padi
10 cili besar 
1sudu besar kerisik
air asam jawa
sedikit garam

CARANYA
tumbuk cili padi+cili merah+belacan sampai lumat kemudian masukkan ke dalam air asam jawa+bwg+tomato+garam+kerisik
siap!!
 

12 ulasan:

  1. tak pernah makan nasi daging ni...tengok resepi memang pasti sedap...
    rajin betul el masak..:)

    BalasPadam
  2. alahai leleh liuq beb ..
    tp skng ni aku x suke yg aku msk , aku suke org lain msk .. aci x pos skit .. kui3

    BalasPadam
  3. yeayyy leh try buat weekend ni!
    resepi yg uols share mmg semua mantop la!

    BalasPadam
  4. nasi daging pernah mkn blom pernah buat sendiri...sedap gila sbb mkn dgn air asam..thanks 4 the recipe :)

    BalasPadam
  5. sedapnya kak nasik daging ni..kecur dah ni teringat air asam tu...

    BalasPadam
  6. lapoooo dh la belum mkn lgi ni sedappp nya...

    BalasPadam
  7. Assalam el,
    dah laaaaaaaaamaaaaaa tak masak nasi daging..
    ni yang buat nak masak pulop ni, he3

    BalasPadam
  8. kecur...kalo rajin boleh cuba..

    BalasPadam
  9. nasi daging resipi orang utarakan... ehm sedap gaktu.. memang yang kita ingat susah ngat tu tak ler susah manapun itupun kalau rajinkan...

    BalasPadam
  10. Sedapnya Nasi Daging, cicah pulak dengan air asam..
    Pergghhh terangkat :D

    BalasPadam