Khamis, 13 Mac 2014

TIPS MANDIKAN BABY

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

 
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.



dah 3 tahun x mandikan baby..kekok ke?xkot sbb ritu mandikan anak buah ok je hahaha
haihhh x sabar lak nk tgk bb iols ni..caner lah peelnya ehhh

14 ulasan:

  1. kadang tu kekok gak nk mandikan.. anak sendri ok lg, bila ank buah ritu nak mandikan riso plak huhu..sbb comey sgt saiznya banding ngan ank sendrik hihi

    BalasPadam
  2. Aduhhh.. kawen pun belum.. baca ni pun dah cuak nak mandi kan baby hehehe :P

    BalasPadam
  3. alhamdulillah
    dah 2 org anak2 aku, mak aku jaga
    so far semua semua tips di atas mmg mak aku buat
    aku dh 30lebih bru mandikan sndrik hehhehe

    BalasPadam
  4. bestnya weh...
    rasa rindu nk mandikan baby..
    ak dl masa mula2 bidan n mak buat..
    lps tu ak buat..irfan masa bb dia bdn sedap
    mmg nk pegang tk seriau..hikss..

    aha elok mndikan waktu dhuha kan...

    BalasPadam
  5. sepanjang berpanang hasben yg mandikan anak... bila di tanya ada tak baca2 apa2 doa, dia sengeh je...lupa katanya

    BalasPadam
  6. Ash sekarang kalau dimandikan macam nak gi swimming kat swimming pool jer gaya dia gamaknya... terlalu aktif, terkitai2 kaki dan tangan suka sangat dapat main air... btw, thanks for sharing kak el... great piece of info...

    BalasPadam
  7. mak aku yg mandikan. so tak nah ambik port la. tapi... kena tau jugak kan, sebab tua nanti aku la yg kena mandikan cucu...
    kbai

    BalasPadam
  8. teringat masa first time mandikan baby, mmg cuak betul takut terlepas si Irfan, nasib la budak tu jenis badan beso, badan pun tegap jer tak lembik, kalau tak mmg surrender taknk mandikan dia..hehe

    BalasPadam
  9. TQ sharing, berguna especially buat Ibu2 baru melahirkan anak sulung :)



    p/s : Yg event tu takdak syarat, blogger dan daftar terus boleh join :D

    BalasPadam
  10. akan dipraktikkan sebaiknya kalau ada rezeki anak ke 2 nanti..in sha Allah..anak pertama serba serbi xtau..huhu

    BalasPadam
  11. Bayi masih terlalu murni...lembut dan suci...apa2 pun perlu dibelai dengan lembut...
    Salam ziarah dari bunda...

    BalasPadam
  12. sharing is caring..tq for da info :)

    BalasPadam
  13. memang mula2 tu cam tak konfiden lama2 okjer...

    BalasPadam
  14. Terimakasih Tipsnya, sangat bermanfaat :)

    BalasPadam