Sabtu, 8 Mac 2014

GAMBAR PERNIKAHAN SYAMSUL YUSOF DAN PUTERI SARAH LIYANA

Pengarah juga pelakon terkenal, Syamsul Yusof selamat bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pagi ini dengan sekali lafaz.


  Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.30 pagi tadi.

Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua mempelai iaitu Encik Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin dan Puan Paridah binti Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. Turut hadir adalah ahli keluarga dan sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti tanah air. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan. 

Walau bagaimanapun, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian kerana seperti yang sedia maklum bahawa keadaan kesihatan Syamsul yang masih tidak mengizinkan.

 

 
 







Tahniah semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat

9 ulasan:

  1. alhamdulillah akhirnya diijabkabulkan.

    BalasPadam
  2. Shamsul ni masih dmm dggi tau..tp alhmdulilah..selamat gak diijabkbulkn..CN start suka shamsul ni lps dia break ngn diana daniele..hehe

    BalasPadam
  3. wahhhh syamsul dh kawennnn...apa2 pun tahniah la ek utk depa.

    Psttt : yg penting abg jebat solo lagi ^___^ hihihi gatai...

    BalasPadam
  4. Syukur... Ustaz Azhar dtg tak.. =)

    BalasPadam
  5. Syukur...moga bahagia hingga ke jannah

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. sama cantik sama padan...

    BalasPadam
  7. beb...
    n3 ni br ak tgk perkataan2 dia bertindih..hehe

    BalasPadam
  8. syukur tertunai sudah hasrat di hati.. moga kekal bahagia selamany...

    BalasPadam
  9. sweet je diorang ni...jeles2..hiks

    BalasPadam