Sabtu, 18 Januari 2014

KERAP BUANG AIR KECIL WAKTU MALAM KETIKA HAMIL

mostly ibu2 yg hamil akan mengalami simptom ni..uols mcm mn?


el pun x lari dr simptom ni smpaikan kdg2 iols sgt fedup n geram ok :)
ianya sgt menganggu waktu tidur iols huhu

ekceli ketiga2 kehamilan sebelum ni pun kerap gak buang air kecil waktu malam hehe
kdg2 baru 2 minit dah buang..aik dtg lagi mood nak buang aiyakkkkk
half my sleep masanya adalah di toilet huhuhu


Kekerapan membuang air kecil bukan sahaja dialami oleh wanita hamil malah wanita yang tidak hamil juga. Bagi bakal ibu mereka akan berhadapan dengan kebiasaan membuang air kecil pada minggu keenam kehamilan hingga berakhirnya trimester pertama. Ada juga yang mengalaminya ketika kandungan memasuki usia 12 ke 14 minggu. Mengapa hal sebegini berlaku kepada wanita hamil?

Sebenarnya semasa hamil kandungan darah bakal ibu akan meningkat dua liter lebih dari biasa. Tambahan darah ini digunakan untuk membina rahim. Ia juga berfungsi membantu organ tubuh untuk bekerja lebih kuat, menggalakkan pertumbuhan jaringan payudara dan gusi ibu serta mengangkut oksigen dan makanan ke janin.

Peningkatan jumlah darah yang mendadak ini mengakibatkan cecair yang perlu ditapis ginjal dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk air kencing. Manakala pening katan jumlah darah yang berlaku di bahagian pinggul menyebabkan kantung rahim menjadi penuh dan perlu dikosongkan sekerapnya.

Ginjal dan saluran air kencing membesar kerana peningkatan kadar hormon progesteron yang berlaku sebaik sahaja janin berada dalam kandungan. Begitu juga dengan ukuran rahim yang semakin membesar sehingga mendesak pundi kencing yang berada di bawah rahim.
Akibatnya, daya menahan di bahagian pundi kencing menjadi berkurangan sehingga ia perlu kerap dikosongkan. Begitu juga dengan diabetes kehamilan yang ber laku sepanjang kehamilan juga menggalakkan wanita hamil kerap membuang air kecil.

Cara Mengatasi :
 
Kurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing misalnya minuman berkafien, kopi, teh mahupun air berkarbonat.

Banyakkan minum air di siang hari dan kurangkan pengambilannya pada sebelah malam. Pastikan jumlah air yang diambil mencukupi. Sekiranya anda perlu berulang ke tandas, ia hanya akan dilakukan di siang hari dan bukannya pada sebelah malam sehingga mengganggu tidur anda. Pastikan pundi kencing anda benar-benar kosong setiap kali membuang air kecil.
Pastikan anda membuang air kecil sebelum pergi atau pulang dari tempat kerja agar anda tidak perlu bersusah payah mencari tandas ketika dalam perjalanan pergi dan balik.
Berhati-hati sewaktu membuang air kecil. Sekiranya anda merasakan seakan terbakar pada alat sulit, ia merupakan tanda berlakunya jangkitan kuman pada saluran pundi kencing yang kerap berlaku kepada wanita hamil. Segera dapatkan nasihat daripada doktor jika mengalami masalah sedemikian.



nota noti: org tua2 kata lau kerap buang air kecil..rambut bayi lebat..ermm tiga2 anak iols rambut xdelah lebat sgt..biasa2 je ekekeke
oklah iols cuba kurangkan mnm pd waktu malam..tp iols x janji hehe kbai


8 ulasan:

  1. klu bb bump mkin besar lagi la jenuh asik nk ke toilet je ek ;)

    BalasPadam
  2. dah lama x rasa simptom2 org2 preggy...x tau la biler boleh rasa lagi...

    BalasPadam
  3. ha.. aku pulak kalau di awal nak detect mengandung tu memang gitulah symtomnya. Then last sekali masa nak dekat bersalin. in between tu tak de jadinya..

    betul tu orang tua tua cakap sebab rambut lebat. Tapi ada yang cakap peranakkan ada kat bawah. gi angkat pas tu ok lah. tak rasa nak kencing sangat..

    BalasPadam
  4. kalau kat umah ok jugak lagi ulang alik ke toilet, tapi time travel ya Allah.. sabar jer la. minum air pun takut2, sikit2 jer hehehe.

    BalasPadam
  5. Biasalah tu...bunda pun dulu mcm tu...
    Orang kata makin besar janin makin tertekan ke pundi kencing kita...
    tulah sebabnya asek terasa nak terkucil jer..
    Kalu kelua atau pergi kerja pakai jer pad...

    BalasPadam
  6. mama lah tu, kerap kencing diwaktu malam, bukan malam je, siang pun sama... tapi minum air tetap jugak lebih 4 liter..

    BalasPadam
  7. normal la tu kan..
    ak pon mcm tu..
    tp tk la kerap 2-3minit nk buang plak..
    hehe..
    time perut dh bsr mmg rasa..awal2 tk rasa lagi..

    BalasPadam
  8. CN lg dasyat..masa nk bersalin tu 3 mggu lak duk ulang alik pegi toilet sbb perut meragam mlm2..tgh tdo best2 boleh lak bgn nk berak..mmg dasyat..hehe

    BalasPadam