mesti korg laju2 dtg bc n3 ni kan..haha
aku pun laju2 bc kt ohbulan td..sekali tipah tertipu (ada hati nk jd kekasih remy haha)
Ini semua hanyalah lakonan semata daripada Remy Ishak dan
Nadiya Nisaa untuk telefilem istimewa arahan Kabir Bhatia. Telefilem
berjudul ‘XOXO’ akan menemui penonton TV9 pada 30 Januari nanti dalam
Skrin Di 9 jam 8.30 malam.
Ia mengisahkan tentang Nadiya Nisaa ditawarkan duit untuk menjadi
kekasih Remy Ishak selama sehari. Pada mulanya lakonan mereka berjalan
lancar tetapi penipuan Nadiya Nisaa terbongkar oleh adik perempuan Remy.
Rupanya pemilik cinta Remy adalah seorang gadis comel bernama Aleesha.
‘XOXO’ mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh antara Haziq (Remy
Ishak) yang jauh berada di London yang masih menuntut di salah sebuah
universiti terkemuka di sana manakala, Aleesha (Tiz Zaqyah) teman
wanitanya yang telah dikenali selama 2 tahun hanya melalui laman sosial
Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke
Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan sekaligus
bertemu Haziq buat pertama kali.
Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh
rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah
pulang ke Malaysia. Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport
Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang
di rumah Johan. Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun
sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.
Barisan pelakon gandingan Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan juga Nadiya Nisaa.
Telefilem XOXO ini turut dibintangi oleh Josiah Hogan dan Bonda Hajah
Afida Es.
nota bijik: cam best plak cite ni..lau tgk remy teringat aku dia berlakon bangla
gandingan ngan Abby cite ape aku lupa..n sllu mis tgk drama2 kt TV9 ni..hope kali ni xlupa lah..hehehe