Sabtu, 14 Disember 2013

GAMBAR PERSANDINGAN ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

 
Pada malam tadi berlangsungnya majlis resepsi persandingan pelakon Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40 yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam. Majlis yang digembar-gemburkan menjadi Wedding of the Year ini berlangsung penuh meriah dan gilang gemilang dengan tema Taman Ala Inggeris Klasik. 


Aturcara majlis sangat ringkas. Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi secara live. Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis merisik, berinai dan akad nikah. Tiada acara merenjis, majlis ini begitu sederhana dari segi aturcaranya. Tidak terlebih dan tidak berkurang. 











Che Ta tampil dengan rekaan elegan dan anggun mengayakan busana daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri majlis tersebut.























Majlis dimeriahkan dengan nyanyian daripada Fazli Zainal, Ayu Damit dan Dafi. Sementara itu, antara rakan artis yang hadir ialah Ziana Zain, Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Azza Elite, Micheal Ang, Rizal Jaafar, dan Azhan Rani.

Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Khamis lalu. Pelakon popular dengan drama Kiah Pekasam ini telah menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.

sumber


 

 



Gambar Pra Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI

Gambar Majlis Berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI

Gambar Pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin klik SINI

12 ulasan:

  1. amboi cantik sungguh warna kuning tu ^_^

    BalasPadam
  2. elegan, grand... apa lagi nak ckp.. mmg world lah...
    impian dia nak dpt 2 org anak asil dr perkahwinan ni, moga jd kenyataan.. amin

    BalasPadam
  3. cantik giler bj che ta..
    tahniah...

    BalasPadam
  4. pergh ! tapi yang best tu, Che Ta pakai heels, cian zain nmpk 'comel' !hehe

    BalasPadam
  5. MEMANG TAK NAMPAK UMUR CHE TA TU 40 KAN..

    haha.. tak sabar nak tengok anak deme ni. mesti comel lottey..

    BalasPadam
  6. tahniah.. smoga bkekalan hingga ke akhirat...

    BalasPadam
  7. tahniah... semoga berkekalan..

    BalasPadam
  8. untung la dapat suami muda.. and untung jugak dapat isteri lawa :D

    BalasPadam
  9. Wow.. ala ala fairy tale yer.. Moga berkekalan

    BalasPadam
  10. Suka tengok baju kuning diraja Che Ta, cantik sangat :D

    BalasPadam
  11. tahniah buat mereka..untung che ta dapat zain..encem..ahaha.. ;)

    BalasPadam