Selasa, 5 November 2013

HOMEMADE MI KUNING

ahad lepas el pergi tgk jiran buat mi kuning
el pergi ngan pengasuh kak yah dan kak ina..dua2 ni jiran sebelah
bwlah 2 org budak tu sekali kakak arwen ngan alana

ekceli ni kegiatan koperasi kampung el
sllu ada mcm2 aktiviti..tp semua el x dpt pergi sbb xde sape nak jaga anak2 dan sllu buat ari sabtu..so kebetulan ahad tu en. suami ada umah...w/pun bw budak 2 org tu..abg danish kena tggl..haha

cara buat mi kuning

20ml air abu (ada dijual di pasar2)
400ml air biasa
1kg tepung gandum
1 biji telur (xnak taruh pun xpe)
dan serbuk pewarna kuning sedikit

campur semua sekali dan uli sampai menjadi doh...
pas2 boleh dimesin dengan mengunakan mesin mi

kemudian direbus dengan air mendidih ditaruh sedikit minyak..agak2 mi tu dah masak (terapung2) boleh diangkat dan dikeringkan..setelah itu sapu sedikit minyak masak tuk menjadikan mi tersebut lembab

(air abu tu dibuat dari kulit durian)

 ni cikgu mariam..kat umah dialah weols belajar cara wat mi kuning
dia ni pengerusi koperasi kat kampung ni..org kuat koperasi ni ekeke


 pas dah diuli menjadi doh..doh tu akan digelek smpai beberapa kali sebelum dimesin tuk jd mi...cer tgk alana..smpi nak masuk kepala lam mesin tu..haha


 budak2 suka lah bab nak masak2 ni..jd mainan hihi..nasib makcik2 kt situ sporting


 setelah dimesin menjadi mi..mi tersebut direbus dengan mengunakan air yg mendidih dan taruh sedikit minyak masak..kemudian setelah itu ditapis dan dibiarkan kering dan sapukan sedikit minyak lagi tuk mi tu lembab :)


selain itu mi kita juga boleh buat pasta :)



 dlm 1kg tepung tu dpt wat 2kg mi..dptlah bawa balik sorg skit mi
so smlm el ada lagi dgg korban lam peties..so alang2 el buatkan mi sup
mmg lain skit rs mi homemade ni..xmuak dan kenyal..dan selamat untuk dimakan :)


taruh cili kicap byk2..perghhhh hehehe


nota noti : salam maal hijrah semua

12 ulasan:

  1. yang home made punya mmg sedap..yg penting tak rasa kapur tu kuat!

    BalasPadam
  2. after this el leh bisnes ni...kan?

    BalasPadam
  3. Wat mee rebus sedap ni..pasni boleh buat mee kuning sndri plak..tima kasih el kongsi resipi :)

    BalasPadam
  4. mi kuning homemade dijamin kehalalannya...hehe.

    BalasPadam
  5. wahhh.. ni baru yakin halal n tak de kekeliruan.. Tq for sharing

    salam kunjungan daripada bie,
    www.jalinan-cintaku.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Wah bagus tu..
    Ari tu ada ofer mesin mee ni murah kat tesco...tp akak tak beli pulak, hehe..

    BalasPadam
  7. mesin gelek tu..mak ak ada la..
    nnti srh mak aku buat...kasi resepi ni kat mak ak..

    BalasPadam
  8. masa aku kecik kecik dulu aku suka gak dok tulun jiran aku. Mak long som. dia rajin buat mee kuning tuk di jual. Hari tu kat tesco ada jual mesin mee kuning ni dalam 29.90 ja. dok ingat nak beli la. tapi dok ingat ja la.. hahahahaha...

    memori aku masa kecik kecik dulu dah kembali segar dek entry kamu ni. Rasanya aku patut beli mesin tu. ate dah anak anak suka makan mee kan. nak wat karipap pun senang bebeh.

    pas tu wat pasa. wohhh sonok sonok... resipi ni haruslah salin supaya bila otak karat leh belek belek semula.thanks. babai

    BalasPadam
  9. Owhhh ok gak buat sendiri kan, tp kena ada mesin la kan ;D

    BalasPadam
  10. kerlassss. pasni mmg buat mee sendiri la ni u alls.

    BalasPadam