Ahad, 10 November 2013

GAMBAR PERNIKAHAN FIZO OMAR DAN MAWAR


Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi hari ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.


Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.


 Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.

L

Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc. 
 

 Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.



Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya


 



Sama cantik sama padan..semoga mereka diberkati oleh Allah swt dan mendapat keberkatan dan kebaikan dunia akhirat :)

GAMBAR PERTUNANGAN FIZO OMAR DAN MAWAR klik SINI

10 ulasan:

  1. ai kak el tukar profesion plak hari ni. selalu nya jadi tukang masak. hari ni reporter plak yerrr.. hehhee ^_^

    BalasPadam
  2. Tahniah buat mereka berdua..
    Cantik sangat Mawar kan :)
    Puan Fareeda pun muda belia ;D

    BalasPadam
  3. sama cantik sama padan. tahniah. mang sesuai. hantaran the vogue you.

    BalasPadam
  4. hampeh menyesal aku lepaskan mawar.. haa skrunk menyesal takde guno fizo dah potong line..
    apepun aku doakan korang bahagia.. :)

    BalasPadam
  5. mcm pinang dibelah2 wooo.. sama cantik sama padan..

    BalasPadam
  6. cantik....sama padan...ade iras-iras fizo n mawar....

    BalasPadam
  7. comei2 belaka..

    menabung churp2 juga...

    BalasPadam
  8. Tahniah to them. Gempak giler hantaran depa.

    BalasPadam