Sabtu, 9 November 2013

DRAMA PLAYBOY ITU SUAMI AKU



Setelah penangan dari drama Love You Mr. Arrogant...TV3 akan menayangkan drama terbaru pada 11hb November ini yang bertajuk Playboy Itu Suami Aku.



 Pelakon utama drama ini adalah Hero Remaja 2012 Fattah Amin. Beliau sebelum ini pernah memegang watak sampingan dalam drama Nur Jannah kawan kepada Aeril Zafril.


Drama ini turut diserikan dengan kehadiran pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nur Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim yang popular dalam telemovie Bukan Cinta Monyet dan lokanannya bersama Johan Asari dalam drama Carlos


 SINOPSIS PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Drama berjudul Playboy Itu Suami Aku ini mengisahkan tentang Raja Adrian Benjamin (Fattah) seorang lelaki kaya yang terpaksa berkahwin dengan calon pilihan ibunya Afina Aulia lakonan Nur Risteena walhal Adrian merupakan kekasih kepada Fisya (Cha cha Maembong). 

Dalam pada itu, Adrian yang juga seorang kaki perempuan sentiasa menunjukkan sikap egoisnya terhadap Afina. Setiap kali mereka bertemu,  pasti akan berlaku pertelingkahan. Tetapi lain pula bagi Afina, dia sentiasa mengalah dengan setiap perbuatan Adrian kepadanya.

Kisah ini bermula ketika Afina dan Syaf (Wan Sharmila) bertemu dengan ibu Adrian Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) untuk menempah gubahan bunga.  Pertemuan tersebut membuatkan ibu Adrian terpikat dengan kesopanan dan kelembutan peribadi yang dimiliki oleh Afina.


Atas desakan ibunya, Adrian terpaksa akur untuk memperisterikan Afina. Dalam mengejar matlamatnya untuk memiliki jawatan CEO Kiara Emas, dia terpaksa meninggalkan Fisya dan mengahwini calon pilihan ibunya.

Pelbagai ujian dan rintangan datang bertalu-talu setelah Afina dan Adrian berkahwin. Malah, hubungan mereka juga dicemburui oleh Fisya. Dendam Fisya yang kian memuncak turut mengheret Nazri ( Jay Iswazir) dalam rancangan jahatnya.

Dalam pada itu, Afina telah disahkan menghidap penyakit Amnesia. Kesan daripada penyakit tersebut, perwatakan Afina berubah secara drastik. Fisya pula tekad meninggalkan Malaysia dan menyambung pelajaran di luar negara.


Bagaimanakah kesudahannya? Apakah yang terjadi pada rumahtangga mereka nanti? Nantikan lakonan mantap mereka dalam drama siri terbaru slot akasia setiap isnin hingga khamis jam 7.00 petang, Playboy itu Suami Aku.



nota noti: ermm x abis2 cite pasal kawin paksa..dua2 terpaksa kawin..last2 ending dua2 jatuh cinta..huhu bagilah cite2 seram pulak hehe

4 ulasan:

  1. ya la kan..mcm dah tau tau dah ending dia. dah jadi lakik binik tak kan tak terjatuh cinta lastnya tu kan..adoi..

    BalasPadam
  2. tungg aa boleh tengok. kat UM tu celah mana lah nak tengok tibi T__T

    BalasPadam
  3. Kc ada novel ni. best cite dia tauu

    BalasPadam
  4. Lakonan merimaskan. Lagak macho hero macam dibuat2. Mimik muka heroin over sangat. Bukan diorang ni baru. Zara Zya dlm LYMA pun kurang dikenali but lakonannya natural... Aku dah tak layan drama ni.

    BalasPadam