Jumaat, 11 Oktober 2013

TEKNIK MENGHUKUM ANAK | MAMA MOGOK

smlm mama el mogok xmau ckp ngan abg danish
mama el x larat nak marah... xlarat nak nasihat..xlarat nak piat telinga
mama el ni mmg garang lau ngan anak2..lau marah risau kuar perkataan yg xelok
so baik mama diam n mogok xmau ckp ngan abg danish
xckp ngan abg danish since amek dia balik sekolah smlm smpilah dia pergi sekolah pagi td


w/pun marah dlm diam n xbercakap ngan abg..tp hati tersentuh bila tgk dia xlupa nak solat..alamak bila cite kat uols..tiba2 hati iols sebak ngis sedu2..tp mama tetap xmau ckp ngan abg smpai balik sekolah esok (hari ini)


berkali2 jugaklah abg panggil nama mama..tp mama wat xendah je..smpailah smlm mama masuk bilik nak rehat sbb mama el demam tp mata asik dok tgk dia wat ape..ms tu dia tgh bc buku sndiri pas2 tgh melukis minion..last2 dia tgk mama dia dah tido..dia pun masuk bilik tido...start bulan lepas dah ajar dia tido dalam bilik asing..lau x berempat weols tido bila abah keje malam :)

Td tghari amek dia kat skolah, dia kuar awal (sllu kuar paling last) n muka x monyok mcm smlm dan 2 3 hari yg lepas...so mama anggap dia xwat perangai kat sekolah..tp mama ttp wat muka marah n diam

Sampai kat umah..akhirnya mama el bersuara...buat perangai tak kat sekolah!!!
tak katanya
kacau kawan x kat sekolah
tak katanya 

Alhamdulilah apa yg el buat ni berjaya buat dia berkelakuan baik di sekolah.


TEKNIK MENGHUKUM ANAK
 
Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
 
1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.  


2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.  


3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji. 


4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa. 


5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya. 


6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya. 


7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya. 


8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!" 


9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.


Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun." 

 nota noti: cikgu ckp ahmad danish ni bab2 belajar pandai..keje sekolah siap dulu..xde mslh dengan pelajaran dia cuma dia suka kaco kwn2 dia buat keje sekolah dan main2..mentang2lah dia dah abis dulu..ha mcm tulah kisahnya..:)

16 ulasan:

  1. wah..kental hang noh. kalau aku le takat sekerat hari je leh bertahan. bila anak wat muka seposen terus cair...tapi tu la kan. bila kita majuk/mogok deme mesti wat pangai baik. time solat tak yah duk suruh dah. sendiri reti nak gi buat.

    mandi yg tak nah bawak tuala ke bilik air. siap cukup complete. alahai anak..

    BalasPadam
  2. mama ada juga buat benda yang sama pada anak dara mama.... tapi, hati ibu kan, kalah dan tewas juga dengan si anak, bila mama curi-curi pandang dia, rasa sedih bila mama tak tegur dia..

    BalasPadam
  3. Dulu kalau is nakal, siap laaaa.. tak tali pinggang, buku teks nanti hinggap hehehehe.

    iskandarx.com

    BalasPadam
  4. wah kak el hebat!! bravo! dapat jadi panduan bila saya ada anak nanti ^_^

    BalasPadam
  5. tapi aku yg sedih masa ang post kat FB smalam hahaha..aku kan ati tisuuu huhuhu

    BalasPadam
  6. Sbbnya nape ye el? Klu beso zakwan ni bleh wat camni gak x?

    BalasPadam
  7. Oo ok tak nampak plak ayat tulisan kecik bawah tu. Tau dah nape... :)

    BalasPadam
  8. Uisshhhh garang nyer.. tapi berkesan.. well mother knows better to do with their children :D

    BalasPadam
  9. bagusnya tips ! thanks el, CN ni baru jer jadi mama, banyak yang perlu belajar sebab anak2 sekarang bukan mcm anak2 dulu, banyak beza dan terlalu mencabar !

    BalasPadam
  10. setiap ibubapa tahu cara yg terbaik utk anak2
    sebaiknya guna cara lembut dulu kan? hehehe

    BalasPadam
  11. Bagus tips ni...tp SA jenis x sampai hati...so far setakat ni Dania xde buat mama dia panas....ma je suka kaco dia...

    BalasPadam
  12. thanks for the tips dear...Blogwalking..jom kita bertukar2 link…and follow each other
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. Ha gitu caranya. Bagus tips ni, boleh la buat guide untuk I yg memang garang pun kadnag2 ringan jer tangan rasanya. Tapi cara mogok tak nak cakap ni paling berkesan so far.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.. abg ttp tunaikan kwajipan tnpa disruh..

    tq for sharing info2 ni..lps ni klo nk mghukum ank pon kna ikut cara y btl..

    BalasPadam
  15. Apa teknik mendidik anak sekali pun, kena tgk perangai anak jugak. Kalo jenis yg keras ati, tak kisah kalo kita merajuk ngan dia, mmg tak jalan la teknik ni..

    apapun, memang sejuk kjp ati kita yg tgh panas tu bila tg dia solat tanpa disuruh/dimarah2 kan..

    :)

    BalasPadam