Isnin, 21 Oktober 2013

RESEPI NASI BERIANI DAGING

sure rmi yg ada stok daging time raya kurban ritu kan
el pun ada gak daging lam 2kg tulang 2kg
so last wiken el masak nasi beriani daging
sllu el masak nasi beriani kosong je
so alang2 dah ada daging..try buat taruh daging pulak

smlm pas el p meeting koperasi lam kul 12 abis
terus balik umah masak..sian budak2 ngan bapak diorg lapar
gigihlah mama el buatkan nasi beriani daging..nak2 musin ujan kan
lagilah kebedalan tu terserlah hahaha

jom tgk resepi nasi beriani daging el buat smlm :)


4pot beras basmathi (el pakai beras biasa je)
(masak seperti biasa jgn lupa letak daun pandan)

bahan memasak beriani daging:
Bahan A
1kg daging
4biji bwg merah
4biji bwg putih
2cm halia
(semua di blend)

Bahan B
4 sudu besar serbuk beriani
1/2 sudu serbuk cili
(dicampur sekali jdkan pes)

4 sekawan
kulit kayu manis, buah pelaga, b.cengkih, b.lawang

1/2 tin susu cair/yogurt (el pakai susu cair)
2bj cili hijau dipotong kecil2
2bj buah tamoto dipotong dadu
daun ketumbar diracik2
daun pudina diracik2
minyak sapi
mentega
minyak masak

cara2:-

Masukan myk sapi, mentega dan myk masak dan tumis rempah 4 sekawan smpi naik bau
kemudian masukan bahan A. Masak smpai naik bau
kemudian masukan bahan B. Masak smpai rempah naik minyak
kemudian masukan daging, susu cair, cili hijau, buah tomato.
(xpayah taruh air sbb nti daging tu akan mengeluarkan air)
Masak smpai daging empuk. Siap. sejuk kan

Sediakan satu periuk besar. Letakkan daun pisang tuk mengelakan nasi hangit dibawah. Layerkan daging beriani tadi dgn nasi yg telah dimasak. Mula2 masukan daging beriani, then nasi, taburkan pewarna kuning, masuk daging beriani lagi, then nasi, taburkan pewarna kuning. Buatlah beberapa layer smpai habis. Kemudian taburkan kismi dan buah gajus. Masak dengan api perlahan di atas dapur. Dalam 5 minit bukak periuk dan taburkan hirisan daun pudina dan daun ketumbar kemudian tutup n masak selama 5 minit lagi. Selepas itu gaul semua sekali. Gaul smpai kesemua rasa serata. Ok dah siap :) 

Weols mkn tghari ritu nak dkt pukul 3ptg hehe


Yeayy dah pandai masak nasi beriani daging hehe


El jugak masak ayam masak tomato dan daging masak hitam. Mmg kenyang giler kami hari tu hehe alhamdulilah



11 ulasan:

  1. wahhh..sedapnya..akak selalu masak nasi minyak jer..nasi beriani ni dah bertahun-tahun tak masak..beli jer..hehehe:)

    BalasPadam
  2. husben mama suka buat nasi beriani... kami pulak suka makan nasi beriani..

    BalasPadam
  3. walawei... sodapnya. aku berkenan daging masak hitam tu. suka suka suka suka...

    BalasPadam
  4. bab masak hg mmg A, bleh belajaq kat hg ni el

    BalasPadam
  5. Perkhhh..ko memang kijam la el!! Bergelen dah ailio aku ni bergenang!! Dah la lapo nihhhh..Huaaaaaaaaaaa..

    cer post sket el!

    BalasPadam
  6. sedapnya.....SA tgh x sedap selera sekarang ni..dah 3 minggu dah....bestnya if dapat makan kan...

    BalasPadam
  7. ya Allah akak...........sedap gila!!! huwaaaaa terliuq niii...

    BalasPadam
  8. entah laa el,
    akak sangat kagum ngan el bab memasak ni..tambah2 pulak try sekali terus jadi...
    kalo el masuk rancangan master chef...akak sokong el, tau... :)

    BalasPadam
  9. Yayyyy nak buat tapi nak kena godek bahan2 untuk rempah beriani dulu la ni. Sedap giler nampak kat gambar ni ha. Berlayer2 gitu eh cara dia, kira konfirm masak la kan gini and takkan jadi bubur la nasinya. Ok thanks for recipe.

    BalasPadam
  10. mencabo la pagi2 ni weih nengok blog ko
    ko buat aku lapo sokmo!!

    BalasPadam