Selasa, 29 Oktober 2013

Petua/Rawatan/Ubat Semulajadi untuk Selsema Bayi dan Kanak-Kanak (Natural Treatment/Remedy for Flu)

1) Minyak bawang putih (Garlic Oil)

Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk disapu pada dada ataupun tapak kaki anak jika anak anda mengalami batuk/ selsema .

Caranya:
- Bakar bawang putih diatas api tanpa membuang kulit bawang tersebut.
- Setelah itu lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak. Anda boleh gunakan sama ada minyak zaitun/ minyak masak.
- Kemudian sapukan pada tapak kaki/dada anak anda.


2) Kaedah Stokin Bawang Putih (Garlic Socks)

Caranya:
- Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk (tidak perlu lumat )
- Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
- Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur.

Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

(Bawang putih sangat bagus bagi tujuan merawat selsema batuk)


nota noti: feeling malas dan mengantuk :(

16 ulasan:

  1. ooo..baru akak tau..nanti boleh la cuba kat anak2..kalau akak kena selsema..akak amik garlic n vit c shaklee jer..:)

    BalasPadam
  2. ya betul. Mak aku selalu suh aku wat cam ni la kalau anak aku selsema tak mo hilang.

    pas tu bila mandikan anak, ambik ayaq dari dagu tu raup wak nek tepuk pelan pelan kat ubun ubun. mandi time nak hujung hujung waktu dhuha tu.

    BalasPadam
  3. ohhh.. baru mama tahu, boleh gunakan teknik ni bila anak-anak mama demam selsema...

    BalasPadam
  4. Thank u thank u, ni kalau JJ tak benti lagi batuk ni I nak buat. lama jugak dah gugel sana sini cari remedy macam ni.

    BalasPadam
  5. kalau untuk budak bagus ni..anak uncle selalu demam kalau ebrubah sikit cuaca..ikut macam bapaknya ... kalau uncle guna bawag putih untuk sendiri gamaknya berapa kilo nak letak kat kaki ek? hihihi

    BalasPadam
  6. bawang putih ni memang berkhasiat sangat kan... xrugi suka makan bawang putih ^_^

    BalasPadam
  7. Thanks eL, myra ada tag adik suruh try kat anak2 dia..
    ksian 2 2 orang demam serentak + selsema

    BalasPadam
  8. minyak ni utk mengurut pun ok...cuma mmg bau nya bau bawang putih ler, hehe.

    BalasPadam
  9. berkesan tak petua ni..nanti nk try kat anak lah..hihi

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum

    Bawang putih and minyak zaitun ya. bagus info ini. Tqvm

    BalasPadam
  11. kena try ni, Irfan dan CN dua-dua batuk dari minggu lepas tak hilang2 lagi, lagi sedey suara CN dah rock minggu ni...agak2 boleh try tak sekali untuk CN? hehehe

    BalasPadam
  12. wah ada petua,,, boleh praktik bila dh ada anak nanti hehe

    BalasPadam
  13. duk buat gk kalau irfan selsema
    tp kalau tk beransur gk flu + batuk tu..
    kena gk jumpa doc..huhu

    BalasPadam
  14. Kena maintain sapu atau hanya 2-3kali sapu sahaja. selain suplemen sy juga cuba petua ni. anak ok tp mudah selsema kembali..

    BalasPadam
  15. klu sapu kt baby 2 bln bole x?

    BalasPadam