Rabu, 25 September 2013

LOVE YOU MR. ARROGANT

LOVE YOU MR. ARROGANT

 

 Cop2..ada lagilah drama terbaru TV3 ekeke
Smlm Nur Jannah dah abiskan kan kan..ending sgt kecewa sbb Jannah x dpt jpa family beliau..tiba2 muncul Bunda (Kartina Aziz) terus jd mak angkat Jannah..oh keliru hehe

Okok..mlm ni jgn lupa hahaha...ada drama diadaptasi dr Novel lagi berjudul Love You Mr Arrogant, filem yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman dan ramai lagi b


SINOPSIS LOVE YOU MR. ARROGANT

Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?



Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.



Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham  lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu. 


Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.
Tambah pula,sikap ibu mertuanya Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.

 
Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu



nota noti : tajuk drama mcm best kan...mesti tgk ni best ke idok
ermmm skun xde ms nak bernovel2..tgk tv jelah haha

6 ulasan:

  1. sokmo x leh tgk.. anak2 konker tv huhu

    BalasPadam
  2. heavenya kalau aku pun dpt tgk citer nih...tp sokmo tak sempat la sbb aku sampai umah malam...huhuhu...ko tolong tgkkan utk aku ek :)

    BalasPadam
  3. aku suka dak anzalna tu. bila cakap mcm suara ngada ngada gitu. hahaha... unik tau. susah tau nak tiru gaya suara dia.

    BalasPadam
  4. Jalan cerita lebih kurang Cinta Jannah.. Iaitu kawen disebabkan nak elak kawen dgn pilihan keluarga ;D

    BalasPadam
  5. akak penah baca novel sinopsis mmg mcm ni tp bkn tajuk cenggini laa.
    Tu laa skang ni..novel di pasaran cerita dh lebih kurang aje...

    BalasPadam