Sabtu, 21 September 2013

GAMBAR PERNIKAHAN FOUZIAH GOUS

 Pelakon dan model Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Mohd Yusof dengan sekali lafaz, sekitar 9.43 malam tadi.

 
Pelakon dan model Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Mohd Yusof dengan sekali lafaz, sekitar 9.43 malam tadi.

Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki yang merupakan Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.


Majlis pernikahan Fouziah Gous & Zhafran ini yang dihadiri seramai kira kira 200 orang tetamu itu telah dijalankan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.

 

Pihak lekaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.


Pihak lelaki menerima hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.


 Manakaka pihak perempuan menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.


Persalinan pengantin pada malam ini direka oleh Ailina Aimi yang berkonsepkan Arab Pakistan dan pengacara majlis pada malam ini ialah Adam Zainal.


GAMBAR PERTUNANGAN FOUZIAH GOUS KLIK SINI

GAMBAR MALAM BERINAI FOUZIAH GOUS KLIK SINI 

GAMBAR MAJLIS BERTANDANG FOUZIAH GOUS KLIK SINI

12 ulasan:

  1. semoga bahagia...

    save 22 satu


    http://www.noormalashahar.com

    BalasPadam
  2. Mak aihh banyak nyer hantaran sampai RM50000 ...
    Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ...

    BalasPadam
  3. wah!!.. retis, mahal takpe.. mampu.. kan el.. hihi

    BalasPadam
  4. semoga mereka berdua bahagia hingga akhir hayat.

    BalasPadam
  5. amboi bukan main segak lagii kan.. ^_6

    BalasPadam
  6. sama cocok sama padan..seswai

    BalasPadam
  7. alhamdulillah dah selamat pun derang jadi laki bini...hamboi si Fouziah Gous senyum lebaq no!!! sure dia happy sgt bile dah dpt title 'bini orang'...apa2pun semoga kekal bahagia hingga kiamat :D

    BalasPadam
  8. tahniah...
    moga kekal hingga ke jannah

    BalasPadam
  9. alhamdulillah... senyuman dia org sama je

    BalasPadam
  10. comey btuil fouziah nie..
    makin berseri dia lpas nie..
    hope kekal selamanya..

    BalasPadam